PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MEMBACA AL-QURAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
Oleh
MOHD
SABRI BIN MOHD YUNUS
SARJANA
JABATAN
PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-HADITH
UNIVERSITI
MALAYA
KUALA
LUMPUR
2013
ABSTRAK
Tulisan
ini bukanlah hasil sebuah kajian, tetapi merupakan sebuah analisis konten dari
penulis tentang perkembangan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari waktu
kewaktu, disamping itu dibicarakan juga kepentingan belajar dan mengajarkan
al-Quran berdasarkan dalil al-Quran dan Hadits, sebagai pendukung dan sokongan
hujah atau pendapat dalam tulisan ini penulis juga menyertakan hasil-hasil
kajian pendidikan Al-Quran yang telah dijalankan peneliti/penyelidik baik di
Malaysia maupun di Indonesia, perlu penulis tegaskan bahwa, salah satu perkara
yang agak banyak dibicarakan dalam tulisan ini ialah tentang Metode Tartil
yaitu sebuah kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang relatif baru
berbanding kaedah lainnya. Selanjutnya juga dibincangkan hasil kajian
faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran al-Quran.
1.0 PENGENALAN
Allah
S.W.T mengutus Nabi Muhammad S.A.W sebagai rahmatan lilalamin iaitu
rahmat kepada sekalian alam. Kerasulan baginda S.A.W berbekalkan mukjizat yang
paling agung iaitu al-Quran dengan tujuan penurunannya sebagai pedoman hidup
kepada seluruh umat manusia. Melalui malaikat Jibril a.s, Nabi Muhammad S.A.W
diajarkan membaca al-Quran (al-Buti, 1991)
Adapun
al-Qur’an ialah qara’a yang mempunyai erti mengumpulkan dan
menghimpun. Selain itu, disebut juga sebagaiqira’ah beerti
menghimpun huruf-huruf dan kata-kata antara satu dengan yang lain dalam satu
ucapan yang tersusun rapi. Al-Qur’an pada mulanya seperti qira’ah iaitu masdar (infinatif)
dari kataqara’a, qira’atan dan qur’anan (Manna’
Khalil al-Qattan, 1992)
Amalan
membaca al-Quran merupakan suatu keperluan dan juga tanggung jawab secara fardhu
ain kepada umat Islam untuk mahir membaca al-Quran, apatah lagi
memahami dan mengamalkannya. Justeru itu, bukan sahaja isi al-Quran yang
menjadi panduan hidup manusia, malah membaca juga dapat menenangkan jiwa dan
merupakan satu ibadat. Hal ini dapat dilihat dengan jelas menerusi hadis:
”…Tidak
berhimpunnya satu-satu kaum itu dirumah Allah membaca ayat-ayat al-Quran dan
mempelajarinya melainkan turun ke atasnya ketenangan, diliputi dengan rahmat
Allah dan Allah sentiasa menyebut mereka” (al-Qushairi, 1995)
Menurut
Ibnu khaldun (2002) dalam kitabnya Muqaddimah menyatakan bahawa “al-Quran itu
perlu dipelajari dan dibaca oleh kanak-kanak pada peringkat awal, kerana
membaca al-Quran akan menanamkan benih-benih keimanan ke dalam jiwa
kanak-kanak”. (Yusof Qardhawi, 2010) menegaskan diantara manfaat membaca dan
menghafal Al Quran pada masa kanak-kanak adalah, ianya dapat meluruskan lidah, membaca
huruf dengan tepat, dan mengucapkannya sesuai dengan makhraj hurufnya.
Quraish
Shihab (2004) menyatakan bahawa, Allah s.w.t memuliakan umat Islam dengan kitab
al-Quran sebagai kalam terbaik. Dalam al-Quran telah dikumpulkan segala yang
diperlukan oleh manusia berbentuk kisah terdahulu, nasihat-nasihat, pelbagai
perumpamaan, adab, kepastian hukum, hujah-hujah yang kuat dan jelas sebagai
bukti keesaan-Nya. Allah s.w.t mewajibkan manusia supaya bersikap baik terhadap
kitab-kitab-Nya, termasuk perlakuan ini adalah menjelaskan adab-adab pembaca,
membimbing mereka melaksanakan ajaran al-Quran serta megingatkan manusia dengan
nasihat-nasihat yang baik (Anis Ahmad, 2004)
Tegasnya,
Al-Quran diturunkan untuk kepentingan seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa,
tempat dan masa. Isi al-Quran menjadi sumber asas kepada manusia untuk
dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan dunia apatah lagi akhirat. Untuk
mencapai hasrat tersebut manusia perlu menyelami al-Quran melalui belajar
membaca, mengahafaz, memahami serta mengamalkannya.
1.2 KEPENTINGAN BELAJAR DAN
MENGAJAR Al-QURAN
Kepentingan
mempelajari serta mengajarkan al-Quran suatu yang tidak dapat dipertikaikan
lagi kerana ia merupakan sumber asas dalam pembinaan manusia. selanjutanya Mohd
Ali (1991) dan Haron Din (1992) membaca al-Quran adalah ibadah yang diberi
pahala oleh Allah kepada pembacanya jika dibaca dengan sebutan yang betul serta
mengikut kaedah bacaan dan hukum tajwid. hal ini selaras jika dirujuk kepada
beberapa hadis yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w tentang kepentingan
pendidikan al-Quran diantaranya yang bermaksud:
“Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul
baitnya; dan membaca al-Quran, kerana orang-orang yang memelihara
al-Quran itu berada dalam lindungan singgasana Allah pada
hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindunga-Nya;
mereka berserta para nabi-Nya dan orang-orang suci.(Ath-Tabrani)
Manakala
pada riwayat lain. Daripada Uthman bin ‘Afan r.a berkata: bahwasanya Rasulullah
s.a.w bersabda yang bermaksud
“Orang
yang paling baik lagi mulia disisi Allah s.w.t diantara kamu semua ialah orang
yang belajar al-Quran kemudian ia mengajarkannya kepada orang lain.
(Riwayat
Bukhari)
(al-Nawawi,
1995). menjelaskan takrifan hadis ini adalah tentang seseorang yang paling
mulia disisi Allah s.w.t. ialah mereka yang mempelajari al-Quran dengan
sebaik-baiknya dan kemudian mereka mengajarkan pula kepada orang lain. Maksud
mempelajari disini bukanlah hanya sekadar belajar tetapi lebih mempelajari.
Iaitu belajar memahami serta mengamalkan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Memahami
pandangan dan Hadis di atas. Tegasnya matlamat terpenting pendidikan al-Quran
ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t sebagai
seorang individu yang boleh berjaya ditengah-tengah kehidupan masyarakat.
Manakala bagi seorang muslim mewariskan al-Quran kepada generasi selanjutnya
merupakan tugas dan tanggung jawab. Serta mempelajari serta mampu mengajarkan
bagi seorang yang mempunyai ilmu dibidang al-Quran merupakan amalan pekerjaan
yang terpuji lagi mulia.
Meskipun
begitu, kesalahan dalam membaca al-Quran akan menyebabkan satu dosa kepada
pembacanya. Ini selaras dengan apa yang dinyatakan melalui sabda Nabi s.a.w
yang bermaksud: “Berapa ramai orang membaca
al-Quran sedangkan al-Quran sendiri melaknatinya(Al-Bukhari dan Muslim)
Kesalahan
dalam pembacaan ini disebabkan kelalaian mengenal pasti makhraj huruf, hukum
tajwid, kelancaran bacaan dan hukum-hukum yang berkaitan dengan pembacaan
al-Quran. Oleh itu Islam menuntut agar umatnya memahami konsep mempelajari
al-Quran dengan menguasai bacaan, kefahaman, penghayatan, hafazan, taranum dan
meneruskan pengajaran kepada generasi selanjutnya (al-Badry 1983, Mohd Yusuf
2000).
(Mohd Zulkifli dan Mohd Yusoff 2008) Menyatakan kegagalan membaca al-Quran
dengan baik dan sempurna membawa kesan yang buruk terhadap individu muslim.
Antara kesan buruk tersebut ialah
1.
Tidak sah solat dan tidak sempurna badah-ibadah yang lain yang melibatkan
bacaan al-Quran
2.
Secara tidak lansung seseorang tidak memuliakan al-Quran, kerana melanggar
hukum dan etika yang telah diatur dalam pembacaan al-Quran.
(Abdul
Halim El-Muhammady 1991) Membaca al-Quran dengan betul penting untuk menentukan
ibadah yang dilakukan sah atau tidak sah. Oleh itu mempelajari dan membaca
al-Quran mestilah secara musyafahah iaitu diterima dari mulut
ke mulut, seperti Rasulullah s.a.w. menerima al-Quran dari Jibril. a.s
Kesimpulannya,
membaca al-Quran sangat dianjurkan kepada setiap individu muslim kerana
al-Quran akan mendatangkan pelbagai manfaat terhadap pembacanya, namun
mempelajari kaedah dan tata cara dalam pembacaannya merupakan tuntutan yang mesti
dipenuhi, disamping hukuman mendapat gajaran dosa, kesalahan dalam membaca
al-Quran akan menentukan sah atau tidak sahnya ibadah yang dilakukan oleh
seseorang tersebut. Oleh itu seseorang mesti secara berterusan mempertingkatkan
ilmu tilawah al-Quran agar lidah sentiasa terpelihara diwaktu kita membaca.
Al-Quran
adalah mukjizat yang terbesar dan teragung dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada
Rasulullah S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril. Kemudian Nabi S.A.W
diperintahkan Allah S.W.T agar menyampaikan kepada seluruh manusia. Adapun isi
kandungan al-Quran sarat dengan petunjuk yang akan membawa manusia ke arah
kebahagiaan hidup di dunia apatah lagi akhirat.
Al-Quran
wajib dipelajari kerana ia mempunyai fungsi dan sumbangan yang penting sebagai
sumber dan panduan yang dapat menyelesaikan pelbagai persoalan dan memenuhi
segala kehendak manusia (Hanafi Mohamad, 1996). Pendidikan al-Quran adalah
mencakupi semua pendidikan manusia dalam segala segi hidupnya dan sepanjang
usianya. “Kehidupan dunia ini” adalah diumpamakan sebagai menjalani satu
perjalanan untuk persiapan kepada kehidupan yang lebih baik iaitu di akhirat.
Kerana itulah pendidikan al-Quran mengandungi kehidupan sekarang dan kehidupan
akan datang secara serentak (Wahbah az-Zuhaili, 2005).
Melalui
al-Quran, Allah S.W.T mendidik manusia supaya percaya kepada Allah sahaja
sebagai Tuhan yang patut disembah dan meminta pertolongan, iaitu dari segi Uluhiyyah dan Rubbubiyyahkerana
Allah S.W.T sahajalah yang berkuasa (Mohd Yusuf Ahmad, 2000). Ini juga
ditegaskan melalui firman Allah S.W.T di dalam surah al-Baqarah ayat 21
yang bermaksud:
“Hai
manusia, sembahlah Tuhanmu yang menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum
kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa “(Mahmud Yunus)
Dengan
demikian manusia dituntut untuk meyakini dan mengimani bahawa kitab suci
al-Quran ini adalah kepunyaan Allah S.W.T dan bukan dicipta oleh Rasulullah
S.A.W atau pun makhluk lain. Justeru itu, al-Quran wajar diangkat sebagai teras
dan sumber rujukan utama yang mendasari seluruh aspek kehidupan dan diyakini
sepenuh hati kebenarannya. Sebagai khalifah Allah S.W.T setiap muslim
berkewajipan memikul dan melaksanakan segala apa yang ditentukan oleh Allah
S.W.T di dalam al-Quran. Ini selari dengan firman Allah S.W.T dalam surah al
Baqarah, ayat 147 yang bermaksud:
“Kebenaran
itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu janganlah engkau termasuk orang-orang
bimbang”.(Mahmud Yunus)
Selanjutnya
Matlamat Pendidikan al-Quran dengan jelasnya membuktikan bahawa ajaran-ajaran
yang terkandung di dalamnya mampu memberi kejayaan dalam pelbagai penyelidikan.
Ahli sains mengambil al-Quran sebagai asas sains, ahli hukum mengeluarkan hukum
daripada al-Quran, ahli falsafah membicarakan falsafah dalam al-Quran dan ahli
pendidikan pula mengambil al-Quran sebagai dasar, kaedah, falsafah dan matlamat
pendidikan (Mohd Yusuf Ahmad, 2004) dan ajarannya bukan sahaja membuka jalan
kepada manusia untuk mengawal dan menghayati segala kebaikannya malah menjadi
asas untuk meninggikan kekuatan iman dan mengakui kebesaran dan kekuasaan Allah
S.W.T di samping membentuk akhlak dan peribadi mulia sebagai khalifah Allah di
bumi yang fana ini.
Al-Quran
mempunyai kelebihan yang sangat banyak dan tinggi di sisi Allah S.W.T dan
tuntutan mempelajari serta mengajarnya kepada orang lain juga sangat besar
pahalanya. Oleh sebab itu al-Quran itu sendiri mempunyai kelebihan-kelebihan
tertentu berbanding dengan kitab-kitab lain. Membaca al-Quran, mempelajari,
mengajarkannya serta mengulang-ulangkannya akan mendapat ganjaran pahala
berlipat kali ganda daripada Allah S.W.T (Wahbah az-Zuhaili, 2005). Ini kembali
ditegaskan oleh Allah Allah S.W.T melalui firmannya dalam surah al-Isra’ ayat
9. yang bermaksud:
“Sesungguhnya
al-Quran ini menunjuki (jalan) yang lebih lurus dan memberi kabar gembira
kepada orang-orang beriman yang mengerjakan (‘amalan) yang saleh;
sesungguhnya untuk mereka itu pahala yang besar “.(Mahmud Yunus)
Membaca
al-Quran adalah ibadat yang diberi pahala oleh Allah S.W.T kepada pembacanya.
Membaca al-Quran sangat digalakkan kepada umat Islam sehinggakan setiap huruf
yang dibaca akan diberi sepuluh kebaikan. Perkara ini telah dinyatakan
Rasulullah S.A.W melalui Hadis riwayat al-Thirmizi yang bermaksud:
“Sesiapa
yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka satu huruf yang dibaca
itu akan digandakan satu kebajikan, dan satu kebajikan itu akan digandakan
menjadi sepuluh kebajikan. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf,
tetapi alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”. (Riwayat
al-Thrmizi).
Kesimpulannya,
kepada mereka yang terlibat dan bertanggung jawab dalam pengajaran dan
pembelajaran al-Quran seperti guru al-Quran, para pendidik di sekolah mahupun
di institusi pengajian tinggi mesti mendalami dan menyelami segala keistimewaan
dan kelebihan yang terdapat di dalam isi kandungan al-Quran dalam usaha untuk
disampaikan kepada murid dengan pendekatan yang tepat dan lebih berkesan lagi.
Manakala bagi para pendidik dan guru al-Quran, mereka haruslah menyelami segala
kelebihan al-Quran kemudian menyampaikan kepada para murid dari semasa ke
semasa dengan tujuan untuk menyuburkan minda, cintakan al-Quran serta suka
untuk mendengar, membaca dan mempelajari al-Quran.
Tegasnya,
kewajiban seorang muslim dalam belajar dan mengajarkan al-Quran telah
begitu terang dijelaskan oleh Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W . Justeru,
kewajiban yang dimaksud tidak hanya terhad kepada mendapatkan kabaikan dan
pahala sesuai dengan janji oleh Allah S.W.T. mahupun anjuran sebagaimana
dinyatakan Rasuluhlah S.A.W melalui hadis riwayat Ahmad yang bermaksud.
“bacalah
Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang dihari kiamat memberi
syafaat kepada pembacanya” (Riwayat Ahmad).
Namun
kawajiban yang dimaksud juga meliputi tugas dan tanggung jawab sebagai khalifah
Allah S.W.T di muka bumi yang telah diamanahkan untuk memelihara, menyiarkan
al-Quran dan menegakkan agama Allah S.W.T.
1.3
SEJARAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Al-QURAN
Perbincangan
sejarah pengajaran al-Quran adalah merujuk kepada tinjauan pengajaran dan
pembelajaran al-Quran yang berlansung di zaman permulaan Islam.
1.3.1 Pengajaran dan pembelajaran Al-Quran Zaman
Rasulullah S.A.W
Sejarah
pengajaran dan pembelajaran al-Qur’an menurut Al-Buti (1991) dan Mohd Yusuf
(2000) bermula ketika Nabi Muhammad S.A.W sedang beribadat di Gua Hira’.
Baginda dilantik menjadi pesuruh Allah secara resmi dengan turunnya ayat
al-Qur’an yang pertama. Dengan perutusan kenabian ini, maka bermulalah
pendidikan yang bersumberkan wahyu. Hal ini jelas berdasarkan surah al-‘Alaq
yang mengandungi perkataan Iqra’ yang memberi erti belajar,
mengkaji dan mencari ilmu. Bacaan yang diajar oleh Jibril a.s dan dibaca oleh
Rasulullah S.A.W bukan semata-mata bacaan, tetapi ia dilakukan untuk diikuti
dan difahami sehinggakan Rasululullah S.A.W apabila diturunkan wahyu kepadanya,
baginda tidak henti-henti menggerakkan lidah dan bibirnya sehingga Allah S.W.T
melarangnya berbuat demikian. Allah S.W.T memberi jaminan kepada rasul-Nya
berkaitan amalan menghafal al-Qur’an dan membetulkan bacaan rasul-Nya. Hal ini
diterangkan oleh Allah S.W.T melalui firmannya dalam Surah al-Qiamah, ayat 16
dan 17 yang bermaksud :
“Janganlah
engkau (ya Muhammad) menggerakkan lidah engkau dengan Qur’an supaya bersegera
membacanya (ketika dibacakan jibril kepada engkau). Sesungguhnya Kami
menghimpunkannya (dalam dadamu) dan (menetapkan) bacannya (dilidahmu).” (Mahmud
Yunus)
Berdasarkan
ayat diatas jelas menunjukkan bimbingan Allah S.W.T kepada rasul-Nya tentang
kaedah mempelajari al-Qur’an melalui malaikat Jibril a.s. Dalam kaedah
pengajaran dan pembelajaran al-Qur’an pada peringkat awal ini, Jibril a.s
sebagai guru, membaca kepada Nabi S.A.W dan baginda diminta supaya mendengar
dan memerhatikan bacaan Jibril a.s. Rasulullah S.A.W semasa melalui proses
bacaan al-Qur’an ini baginda tidak tergopoh-gapah dalam bacaan dan hanya
mengikuti bacaan al-Qur’an apabila malaikat Jibril a.s selesai membacanya.
Proses ini berlaku apabila keadaan sebelumnya Rasulullah S.A.W tergopoh-gopoh
dalam bacaan akibat tekanan suasana yang cemas kerana pengalaman yang baru dihadapi
dengan kedatangan malaikat Jibril a.s (Al-Buti, 1991).
Rasulullah
S.A.W dalam mempelajari al-Qur’an amat memerlukan pertolongan Allah S.W.T
kerana sebenarnya dalam mempelajari al-Qur’an berbeza dengan mempelajari
sesuatu yang lain. Allah S.W.T telah memberi jaminan kepada rasul-Nya bahawa
al-Qur’an yang dibaca oleh Nabi Muhammad S.AW tidak akan dilupai
selama-lamanya. Dengan jaminan ini, maka setiap kali Jibril a.s datang membawa
wahyu kepada Rasulullah S.A.W, baginda mendengarnya dengan penuh perhatian dan
apabila Jibril a.s selesai, Nabi membacanya sebagaimana Jibril a.s membacanya.
Nabi
Muhammad S.A.W memulakan pengajaran dan pembelajaran al-Qur’an di rumah baginda
sendiri, kemudian beliau juga mengajarkan al-Quran dirumah al-Arqam bin Abi
Arqam dalam usaha membentuk peribadi para sahabat. pengajaran dan pembelajaran
al-Qur’an ini seterusnya berkembang ke Madinah dengan adanya rombongan dari
Madinah yang datang berjumpa Rasulullah S.A.W dan beriman kepada baginda yang
seterusnya memperkembangkan ajaran al-Qur’an di sana. Setelah Rasulullah S.A.W
berhijrah ke Madinah, pengajaran dan pembelajaran al-Qur’an berterusan di rumah
baginda dan seterusnya di Masjid Nabawi. Ramai di kalangan para sahabat yang
berguru secara langsung dengan Rasulullah S.A.W. Mereka mempelajari al-Qur’an
secara hafalan daripada Rasulullan S.A.W hingga lahirlah kumpulan huffaz yang
terkenal, Abu Bakar, Uthman, Ali Ibn Mas’ud, A’ishah dan Hafzafsah (Al-Buti
1991). Tegasnya pada peringkat ini para sahabat masih meneruskan kaedah yang dilalui
oleh Rasulullah S.A.W dengan Jibril dalam pendidikan al-Quran. Melalui kaedah
hafalan ini telah berjaya melahirkan ramai mereka yang mampu membaca dan
mengahafal al-Quran.
Menurut
al-Sabuni (1985) bahawa jika sesiapa berjalan pada waktu malam di Madinah
melalui rumah-rumah para sahabat, akan kedengaran dengungan yang kuat seperti
bunyi lebah dalam sarangnya. Itulah dengungan sahabat yang sedang membaca
al-Quran. Seterusnya sahabat-sahabat menyampaikan pula kepada keluarga dan
sahabat-sahabatnya yang lain.
Kesimpulannya,
terdapat empat langkah pengajaran dan pembelajaran al-Quran di zaman Rasulullah
S.A.W iaitu pertama, membaca al-Quran dengan betul. Rasulullah S.AW. membaca
al-Quran secara talaqi-musyafahah dengan malaikat Jibril a.s.
Maka dengan cara ini jugalah baginda S.AW. mengajarkannya kepada para sahabat.
Kedua, menerangkan maksud. Hal ini bertujuan untuk memahami apa yang terkandung
di sebalik ayat-ayat al-Quran yang dibaca. Ketiga, menghafaz. Selain ayat-ayat
al-Quran ditulis di pelepah-pelepah tamar, tulang dan kulit terdapat juga para
sahabat yang menghafal ayat al-Quran. Keempat, mengamalkan ajaran al-Quran
berdasarkan ajaran yang difahami daripada ayat yang dihafal.
Berdasarkan
perbincangan tentang pengajaran dan pembelajaran al-Quran di zaman Rasulullah
S.A.W, jelas memperlihatkan usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan
dilakukan untuk memastikan kelansungan dalam pengajaran dan pembelajaran
al-Quran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara hafazan diteruskan lagi
pada zaman sahabat untuk menjamin agar al-Quran berkekalan. Al-Quran yang telah
dipelajari oleh sahabat telah berjaya melahirkan ramai para huffaz.
Para sahabat menggunakan kaedah hafalan bukan sahaja terhad kepada pendidikan
al-Quran, malah pendidikan Hadis dan ilmu-ilmu juga terikut dengan cara yang
sama. Oleh itu, kaedah hafalan adalah merupakan satu kaedah yang penting dalam
mempelajari al-Quran di zaman sahabat. Kaedah ini berjaya melahirkan golongan
sahabat yang menjiwai al-Quran sepanjang hayat.
Tegasnya,
pengajaran dan pembelajaran al-Quran dimulai dengan cara para guru
memperdengarkan bacaan surah-surah pendek dan murid mengulanginya beberapa kali
bersama guru sehingga terlekat dalam ingatan. Proses ulangan, hafalan dan
ingatan ini sangat sesuai lebih-lebih lagai pada peringkat kanak-kanak kerana
ia dapat menanam benih ketakwaan dan keikhlasan pada diri mereka.
2.0
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Al-QURAN.
Kaedah
dalam perbicangan ini merujuk kepada pandangan Mohd Athiyah al-Abrasyi dalam
karya beliau yang bertajuk Ruh al-Tarbiyyah wa al-Ta’alim. Iaitu
jalan yang diikuti oleh murid untuk memudahkan kefahaman dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (Ahmad 2004). Tegasnya kaedah pengajaran dan
pembelajaran ialah metode serta perancangan materi yang disusun sebelum
seseorang guru memasuki kelas dan dilaksanakannya kegiatan tersebut di dalam
kelas.
2.1 Kaedah Al-Baghdadiyah
Kaedah
ini merupakan kaedah yang paling lama dan meluas digunakan di seluruh dunia. Ia
dipercayai berasal dari Baghdad, ibu Negara Iraq dan diperkenalkan di Indonesia
seiring dengan kedatangan saudagar dari Arab dan India yang singgah di
Kepulauan Indonesia (Mohd Zainul 2008). Manakala menurut (Komari 2008)
menjelaskan kaedah ini sudah bermula dari pemerintahan khalifah Bani Abbasiyah
dan di Indonesia kaedah tersebut telah diperkenalkan pada awal tahun 1930an
sebelum kemerdekaan. Kaedah ini juga dikenal dengan kaedah sebutan “eja”
atau latih tubi, tidak diketahui pasti siapa pengasasnya.
Pendekatan
yang digunakan oleh kaedah ini adalah pelbagai iaitu daripada yang konkrit
kepada abstrak, daripada yang mudah kepada kompleks, daripada yang umum kepada
yang khusus. Secara amnya terdapat tujuh belas langkah yang mesti dilalui murid
selama mengikuti pengajaran dengan kaedah ini. Jika diperhatikan terdapat
beberapa karakteristik dan tarikan-tarikan tertentu dalam strategi
pengajarannya. Misalnya, 30 huruf hijaiyah akan selalu ditampilkan kepada murid
di setiap langkah yang dilalui selama pengajaran dan pembelajaran. Ini
bertujuan agar huruf-huruf tersebut menjadi tumpuan ke atas murid pada
setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlansung, pada setiap langkah guru
akan memperdengarkan kepada murid pelbagai variasi bunyi sehingga pengajaran
dan pembelajaran lebih menyeronokkan.
Tegasnya,
kaedah al-Baghdadiyah merupakan sebuah pengajaran dan pembelajaran membaca
al-Quran yang boleh menghantarkan murid untuk boleh membaca al-Quran. Walau
bagaimanapun menurut (Qomari, 2008) terdapat beberapa kelemahan kaedah ini
diantaranya: (i) memerlukan masa yang lama untuk menghantarkan murid boleh
membaca al-Quran (ii) penyampaian materi terkesan berulang-ulang dengan pola
yang sama setiap kali pertemuan sehingga murid akan cepat jenuh dan bosan (iii)
tidak ada buku panduan khusus bagi guru sehingga matlamat pengajaran dan
pembelajaran kurang tercapai.
2.1.1 Kaedah Qira’ati
Kaedah
Qira’ati ditemukan oleh KH Dachlan Salim Zarkasy di Semarang Jawa Tengah
Indonesia pada awal tahun 1970. Latar belakang pengasas menulis kaedah ini
ialah, bahawasanya semenjak dari tahun 1960 beliau mengajar al-Quran belum
terdapat sebuah kaedah yang boleh dijadikan panduan tetap bagi guru dalam
pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Beliau menyatakan kaedah yang sedia ada.
Misalnya, al-Bagdadiyah terlalu mengandalkan dari segi hafazan murid, disamping
itu kaedah tersebut juga belum mengajarkan sebuah standar membaca al-Quan
seperti at-Tartil. (Kementerian Agama Indonesia 1994)
Pada
tahun 1986 beliau menerbitkan buku pertama dengan judul Pelajaran Membaca
al-Quran. Buku tersebut terdiri dari enam jilid iaitu siri satu sampai
enam dan beliau menyatakan bahawa “tidak semua orang boleh mengajarkan kaedah
Qira’ati akan tetapi semua orang boleh pandai membaca al-Quran dengan
Qira’ati”. Dalam perkembangannya kaedah ini dapat diterima oleh masyarakat luas
baik di Indonesia mahupun di luar Negara.
Kaedah
ini sangat baik kerana membolehkan murid menguasai bacaan al-Quran dengan
cepat. Pada awal tahun 1980 sehingga 1995 kaedah ini hampir digunakan oleh guru
dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran diseluruh Indonesia.
Walaubagaimanapun menurut (KH Dachlan 1986) pengajaran dan pembelajaran
al-Quran akan kurang berkesan sekiranya jumlah murid dalam sesuatu kelas
terlalu ramai menyebabkan guru tidak sempat memberi bimbingan berkesan keatas
setiap murid dalam sesuatu pengajaran.
2.1.2 Kaedah Iqra’
Kaedah
Iqra’ adalah suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran yang
disusun sebagai usaha mengubahsuai kaedah lama. Misalnya, al-Bahgdadiyah, ini
bertujuan agar murid dapat belajar membaca al-Quran dalam waktu yang lebih
singkat dan cepat. Kaedah ini disusun oleh al-Marhum Ustaz Hj. As’ad Humam
(Pengarah Kumpulan Tadarus Angkatan Muda Masjid dan Musholla Yogyakarta). (Mohd
Alwi Yusoff et.al 2008).
Pada
mulanya beliau juga menggunakan kaedah al-Baghdadiyah, ia kemudian menggunakan
kaedah Qira’ati selama tiga tahun. Setelah melalui percubaan dan peyelidikan
yang mendalam beliau menemukan beberapa perkara yang masih perlu disempurnakan
untuk kepentingan muridnya dalam pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran.
Setelah beliau bincangkan dengan pihak penyusun kaedah Qira’ati, ternyata
kurang memberi sambutan yang baik, pihak kaedah Qira’ati tetap berpegang kukuh
dengan cara yang sudah disusunnya. Atas dasar itu, setelah tidak berjaya
mengadakan penyempurnaan, ia menulis dan menyusun sendiri buku Iqra’ tersebut
(Usep Fathudin 1994).
Mohd
Jazir (1994) menyatakan pada awal perkembangannya. Kaedah ini digunakan dalam
Majelis Tadarus Remaja di wilayah Yogyakarta dan wilayah persekitarannya yang
berpusatkan di Masjid dan Musholla. Kegiatan ini diadakan seminggu sekali,
kerana kaedah ini mendapatkan sambutan yang baik di kalangan masyarakat, maka
pada masa itu ditubuhkan 600 majelis pengajian al-Quran yang diikuti oleh semua
lapisan masyarakat dari peringkat anak-anak hingga orang dewasa.
Pengkaji
menilai terdapat 10 karakteristik dari kaedah Iqra’ iaitu; (i) bacaan terus
(tanpa analisa dan dieja) ertinya murid tidak diperkenalkan nama-nama huruf
hijayiyah namun murid lansung diperkenalkan dengan bunyi kalimat yang diambil
dari ayat al-quran. (ii) penggunaan teks tertentu iaitu; pada setiap pengajaran
dan pembelajaran guru menggunakan satu set buku yang mengandungi enam juzuk.
(iii) guru menggunakan teknik pengajaran cara belajar murid aktif (CBMA) murid
dijadikan “Student Center” berpusatkan kepada murid. (iv) Talaqqi
Musyafahah, dalam pengajaran dan pembelajaran murid berdepan lansung dengan
guru. (v) tahap berasaskan pencapaian individu, masing-masing murid akan
mempunyai rekod pencapaian belajar yang akan dinilai guru pada setiap kali
pengajaran dan pembelajaran. (vi) seorang guru akan membimbing lima atau enam
orang murid dalam satu masa, jika keadaan memerlukan guru boleh mengambil murid
tertentu untuk menjadi penunjuk ajar dan penyemak bagi murid lain diperingkat
bawah. (vii) praktis, murid hanya diajarkan dengan sebutan sampai boleh membaca
dengan baik dan tepat, tanpa diperkenalkan dengan teori tajwid. (viii)
sistematik, silabus tersusun secara lengkap, sempurna dan terancang dengan
bentuk huruf dan letak yang seimbang. (ix) komunikatif, adanya panduan yang
tersedia bagi guru sehingga pembaca mudah memahami dan bagi murid menyeronokkan
jika mereka mempelajarinya. (x) kelenturan dan mudah, boleh dipelajari oleh
sesiapa, bermula dari kalangan kanak-kanak usia pra sekolah, sekolah rendah,
sekolah menengah dan bahkan peringkat dewasa.
Kesimpulannya.
Kejayaan yang dicapai kaedah Iqra’ telah tersebar luas di Indonesia, mahupun
Negara-negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam. Di
Malaysia kaedah Iqra’ dijadikan kaedah pengajaran dan pembelajaran membaca
al-Quran di sekolah-sekolah seluruh Negeri. Ini disokong oleh kajian yang
dilakukan oleh Mohd Alwi Yusoff et.al (2003) tentang keberkesanan kaedah Iqra
di 27 buah sekolah di beberapa buah negeri di bawah kementerian Pelajaran
Malaysia dan 6 buah sekolah agama swasta. Secara keseluruhan mereka menyatakan
kaedah Iqra pada umumnya memberi kesan baik terhadap pencapaian pengajaran dan
pembelajaran al-Quran di sekolah rendah kebangsaan.
2.1.3
Kaedah Al-Barqy
Kaedah
Al-Barqy ditemukan dan ditulis oleh Muhadjir Sulthon (Pensarah Fakulti Adab
Institut Agama Islam Negeri Sunan Ampel) Surabaya Jawa Timur Indonesia pada
tahun 1965. Pada awal perkembangannya kaedah ini digunakan untuk murid sekolah
rendah Islam at-Tarbiyah Surabaya. Setelah kaedah ini berjaya digunakan selama
beberapa tahun di sekolah-sekolah rendah Surabaya. Maka tahun 1978 pengasas
kaedah ini menulis buku pengajaran al-Quran dengan judul cara cepat mempelajari
Bacaan al-Quran al-Barqy (Komari 2008).
Untuk
lebih memperkukuhkan serta meperkenalkan lagi kaedah ini terhadap masyarakat,
Muhadjir Sulthon menubuhkan sebuah lembaga dengan mengambil awalan namanya
sendiri iaitu Muhadjir Sulthon Manajemen (MSM). Tujuan ditubuhkannya lembaga
ini ialah, untuk membantu program pemerintah dan kerajaan di Indonesia dalam
memberantas buta baca tulis al-Quran dan membaca huruf jawi di daerah
persekitan Surabaya. Kementerian Agama Republik Indonesia (1998). Hal ini
disokong oleh kajian (Muslim, 2008) tentang keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran al-Quran dengan menggunakan kaedah al-Barqy di Taman Pendidikan
Al-Qur’an Nurut-Taqwa Malang. Hasil kajian melaporkan setelah diadakan ujian
post terhadap responden kajian secara keseluruhan. Pencapaian murid berada pada
tahap yang membanggakan.
Kaedah
ini disebut dengan “anti lupa”. Kerana mempunyai susunan materi yang apabila
murid lupa dengan huruf-huruf yang telah mereka pelajari sebelumnya, maka ia
akan dengan mudah dapat mengingat kembali dengan bantuan guru dan pelbagai
strategi yang telah sedia ada di dalam buku tersebut. Beberapa karakteristik
kaedah ini ialah (i) murid tidak memerlukan masa yang lama untuk sampai kepada
akhir materi buku. Kerana cukup satu siri buku sahaja untuk sampai kepada tahap
kemahiran al-Quran. (ii) kaedah ini menggunakan satu siri sahaja sehingga biaya
yang dikeluarkan mendapatkan dan mempelajari kaedah ini amat murah berbanding
kaedah-kaedah yang lain. (Komari 2008)
Walau
bagaimanapun, sepanjang bacaan dan pengamatan pengkaji. Meskipun kaedah
al-Barqy telah lama ditemukan dan menjadi sebuah kaedah pengajaran dan pembelajaran
al-Quran yang telah berjaya. Kaedah ini tidak begitu popular di Indonesia
mahupun luar Negara seperti Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam seperti
al-Bahgdadiyah, Qiro’ati dan Iqra. Namun di Malaysia kaedah ini masih lagi
digunakan di beberapa sekolah di Negeri Selangor yang pengkaji temui, seperti
sekolah Sri Al-Amin Sungai Tangkas Bangi. Pada masa tersebut pengkaji
berkesempatan mengajarkan kaedah Tartil dalam kelas pemulihan al-Quran di
sekolah tersebut.
3.0 METODE TARTIL
Perbincangan
ini akan menerangkan secara singkat tentang metode tartil yang meliputi. (i)
Pengenalan metode tartil. (ii) perkembangan dari semasa kesemasa. Pengkaji
perlu menjelaskan perkara di atas mengingat bahawa, metode tartil merupakan
sebuah kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang relatif baharu dan
belum banyak dikenal oleh guru-guru pendidikan Islam sama ada di Indonesia
mahupun di Malaysia.
3.1
Pengenalan Metode Tartil
Metode
Tartil ditemukan dan ditulis oleh Hj. Gazali Pada awal tahun 1993. Beliau
adalah Pensyarah Al-Quran Sekolah Tinggi Agama Islam Pengembangan Ilmu Al-Quran
(STAI-PIQ) Negeri Sumatera Barat, Indonesia. Pada mulanya metode ini dinamakan
“Metode Cepat dan Praktis Membaca al-Quran”. Latar belakang diperkenalkan
metode ini adalah setelah melihat fenomena metode pengajaran dan pembelajaran
al-Quran yang berkembang saat ini. Diantaranya adalah metode al-Baghdadiyah,
Qira’ati, Iqra’ Al-Barqy dan Basmallah. Hasil dari kajian yang beliau dapati,
masih terdapat kekurangan-kekurangan yang perlu diperbaiki, antaranya dari segi
masa pembelajaran dan kecenderungan sikap minat murid dalam pengajaran dan
pembelajaran al-Quran (Gazali, 1995)
Beliau
menambahkan metode pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang berkembang saat
ini belum dapat memberantas buta baca tulis al-Quran di kalangan murid-murid,
metode-metode yang sedia ada juga belum mampu memberi hasil yang baik untuk
membolehkan murid membaca Al-Quran. Perkara sedemikian disebabkan murid merasa
jenuh dan bosan kerana mereka memerlukan masa yang lama untuk boleh mahir
membaca al-Quran, disamping itu metode yang kurang menarik juga merupakan
faktor penyumbang kegagalan pengajaran dan pembelajaran al-Quran seingga pada
hari ini masih rmai lagi murid tidak boleh membaca al-Quran dengan baik, bahkan
ada juga yang langsung tidak boleh membaca al-Quran. (Gazali, 2007)
Setelah
mendapatkan saranan dan nasihat daripada pihak Kementerian Pendidikan dan
Masyarakat di Bandar Padang, beliau pun bersetuju untuk membukukan metode
tersebut dengan tujuan supaya metode ini dapat dikenal oleh masyarakat dan
menjadi panduan bagi guru-guru yang berkhidmat dalam bidang pendidikan al-Quran
di Bandar Padang. Setelah metode tersebut ditulis dalam bentuk naskah, ianya
kemudian dihantar ke PT Angkasa Raya Bandar Padang untuk dicetak. Pada mulanya
pihak percetakan mengabaikan naskah tersebut selama setahun. Mereka meragui
keberhasilan metode tersebut kerana metode tersebut belum pernah digunapakai
dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Untuk meyakinkan pihak percetakan,
maka Hj. Gazali bersedia membuktikan kelebihan metode beliau dengan mengajarkan
kepada anak pemilik percetakan PT Angkasa Raya. Pemilik kilang itu pun
bersetuju dan akhirnya Hj. Gazali berjaya membimbing anak pemilik kilang itu
sehingga dia mahir membaca dan menulis al-Quran dengan hasil baik dan masa yang
lebih singkat. (Gazali, 1995)
Disebabkan
keberhasilan beliau mengajarkan metode Tartil kepada anak pemilik kilang
tersebut, maka pada tahun 1995 pihak percetakan Angkasa Raya bersedia
menerbitkan metode Tartil tersebut dalam bentuk sebuah buku yang berjudul
“Tartil Belajar Membaca Al-Quran, Cepat dan Praktis”. Semenjak dari itu, metode
tersebut mulai digunakan oleh guru-guru pendidikan al-Quran yang berkhidmat di
Taman Pendidikan Seni al-Quran (TPSA) Bandar Padang. (Gazali, 1995)
Setelah
metode Tartil digunakan selama dua tahun di pelbagai lembaga pengajaran dan
pembelajaran al-Quran di Bandar Padang. Pada tahun 1997 penulis melengkapkan
metode tersebut dengan membukukannya kembali dan diberi judul “metode Tartil 2
Ilmu Tajwid Praktis”. Buku metode Tartil siri 2 tersebut dijadikan sebagai buku
pegangan kedua bagi murid setelah mempelajari buku siri satu. Kini buku
tersebut telah menjadi dua buah siri dengan judul “Metode Tartil 1 Belajar
Membaca dan Menulis Al-Quran” dan “ Metode Tartil 2 Ilmu Tajwid Praktis”.
(Gazali, 1995)
Adapun
metode Tartil siri satu mempunyai materi pengenalan huruf asas dari
setiap huruf hijaiyah, membaca huruf berbaris satu, membaca huruf bertandi mati
(sukun), membaca huruf bertandi tasydid (musyaddad) dan membaca
huruf yang berbaris dua (tanwin). Manakala buku siri metode Tartil
dua pula, murid akan diajarkan dengan ilmu tajwid dimulai dengan mempelajari
materi melamakan bunyi bacaan (Mad), membaca huruf yang bunyi bacaannya
didengungkan (Ghunnah), dan bunyi bacaan yang tidak didengungkan (Bilaghunnah)
serta cara mengenal pasti tanda berhenti (Waqaf) disamping cara
memulakan kembali bacaan setelah berhenti (Ibtida’). (Gazali, 2006).
3.2
Karakteristik dan Strategi Pengarajaran Metode Tartil
Terdapat
beberapa karakteristik yang memberi perbezaan pada kaedah ini berbanding dengan
kaedah-kaedah lainnya, sehingga menjadikan kaedah ini lebih praktis, menarik
dan efektif untuk dipelajari. Antaranya:
1)
Materi pelajaran diberikan guru dalam bentuk tulisan dan lisan.
2)
Materi penulisan ayat al-Quran yang telah disediakan langsung dalam buku yang
digunakan dalam setiap pertemuan pembelajaran.
3)
Materi pembacaan al-Quran yang diajarkan kepada murid mengikut gaya bacaan
muratal (Tartilul Qur’an).
4)
Evaluasi pembelajaran melibatkan guru dan murid di setiap akhir pengajaran.
5)
Terdapat warna-warna tertentu pada setiap bahagian materi yang dipelajari.
Pengkaji
akan menerangkan secara terperinci karakteristik seperti yang telah dijelaskan
di atas. Ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru untuk mengatur
strategi dan kaedah-kaedah pengajaran metode Tartil kepada murid-murid ketika
sesi pembelajaran. Apabila guru dapat mengikuti perkara tersebut, maka matlamat
dan tujuan pengajaran dapat dicapai. Seperti berikut
1.
Materi pelajaran diberikan guru dalam bentuk tulisan dan lisan.
Pada
materi pelajaran memperkenalkan huruf, guru akan mengajarkan kepada murid cara
menulis dan membaca huruf hijaiyah yang belum berbaris. Materi akan dimulai
dari surat Al-Baqarah ayat satu diawali dengan memperkenalkan huruf ALif,Lam dan Mim.
Setelah guru selesai memberikan materi menulis dan membaca tersebut selama
sepuluh minit. Langkah selanjutnya ialah. Guru akan memilih beberapa orang
murid untuk mengulang bacaan yang telah didemontrasikan guru. Kemudian guru
memberikan arahan kepada semua murid untuk mengulang kembali bacaan yang sama.
Langkah
selanjutnya ialah. Guru memberikan arahan kepada murid untuk membuka buku pada
materi membaca huruf alif, lamdan mim yang
telah sedia ada pada buku induksi. Guru akan memberikan arahan agar murid
membaca kembali secara bersama-sama materi yang telah diajarkan. Setelah murid
selesai membaca secara bersama-sama. Maka materi dilanjutkan dengan menulis
kembali huruf alif, lam dan mim yang
telah sediaada dalam buku pegangan murid.
Untuk
pertemuan selanjutnya guru akan menulis huruf zal dankaf.
Seterusnya guru akan melakukan langkah yang sama seperti pada pertemuan
pertama. Proses sebegini akan terus berlanjut pada pertemuan-pertemuan
berikutnya. Namun begitu, kreatifiti guru sangat digalakkan dalam menggairahkan
kelas agar murid tidak mudah jenuh dan bosan.
Apabila
guru telah selesai memperkenalkan semua huruf hijaiyah dan murid pun telah
mampu menguasai materi pelajaran. Sebagai tes ujian kefahaman murid dengan
materi yang telah dipelajari, guru akan menulis surat al-Baqarah ayat satu
hingga ayat lima. Kemudian murid diminta secara individu untuk membaca semua
huruf-huruf tersebut dengan cara meng ‘eja’ bermula dari hurufalif pada
ayat satu sampai huruf Nun pada akhir huruf ayat lima surat
al-Baqarah. Apabila seseorang murid telah mampu dengan betul dan mahir membaca
semua huruf tersebut, ini bermakna mereka telah boleh melanjutkan materi
pelajaran berikutnya.
Materi
pelajaran akan dilanjutkan dengan mengenal baris dalam al-Quran, membaca huruf
berbaris satu, membaca bacaan yang bertanda mati, membaca bacaan yang bertanda
tasydiq dan membaca bacaan yang bertanda tanwin. Proses pengajaran dan
pembelajaran pada buku siri satu akan mengambil masa selama delapan belas kali
pertemuan. Meskipun begitu, pada proses pengajaran guru tidak dibenarkan
melanjutkan materi berikutnya sebelum murid menguasai dengan mantap setiap
materi yang telah ditetapkan.
2. Materi
penulisan ayat al-Quran yang telah disediakan langsung dalam buku yang
digunakan dalam setiap pertemuan pembelajaran.
Tugas
guru tidak terhad hanya mengajarkan bagaimana cara membaca ayat al-Quran kepada
murid. Guru juga mengajarkan kepada murid cara menulis huruf dan ayat-ayat
al-Quran sesuai kaedah penulisan ayat yang baik.
Langkah
yang dilakukan ialah. Pada setiap pengenalan materi samada dalam buku siri
mahupun siri dua. Guru akan menulis terlebih dahulu materi yang akan diberikan.
Misalnya, materi pengenalan huruf alif. Pada masa guru menulis
huruf tersebut, murid harus memberikan perhatian dengan baik bagaimana huruf
tersebut ditulis oleh guru. Ini bertujuan, menghindari terjadinya kesalahan
murid untuk menulis ulang huruf tersebut pada buku induksi. Misalnya menulis
huruf alif, jika murid memulai menulisnya dari bawah maka namanya
juga tetap huruf alif, akan tetapi secara penulisannya murid
melakukan kesalahan. Sebab menulis huruf tersebut hendaklah dimulai dari atas.
Disamping
menulis huruf-huruf hijaiyah yang telah dipelajari. Pada setiap pertemuan murid
juga akan diajarkan bagaimana menulis ayat-ayat al-Quran yang telah sediada
didalam buku pegangan murid. Tugas guru ialah, memberikan arahan kepada murid
untuk menulis kembali ayat-ayat yang telah ada untuk dipindahkan kedalam kotak
ayat terdapat di bawah ayat tersebut.
Pada
proses latihan menulis ayat berlangsung guru hendaklah menghampiri
masing-masing murid. Jika guru mendapati murid melakukan kesalahan dalam
penulisan ayat, guru mesti memberikan arahan dan membimbing murid tersebut.
Misalnya, guru kembali mendemonstrasikan didepan kelas bagaimana menulis ayat
al-Quran dengan kaedah yang baik.
Hj.
Gazali menyatakan. Pada masa latihan menulis ayat al-Quran berlangsung. Murid
dianjurkan menulis menggunakan pen dan tidak dibenarkan memakai pensel.
Tujuannya ialah. Jika murid menulis ayat menggunakan pensel hal yang berlaku
ialah. Murid akan memadam setiap kesalahan pada tiap-tiap tulisan yang salah
atau tulisan yang mereka anggap kurang mantap/cantik. Hal ini menyebabkan
mereka akan menghabiskan masa. Manakala jika murid memakai pen, mereka tidak
dapat memadam kesalahan tersebut. Ianya bertujuan untuk memberi peringatan dan
pengajaran kepada murid untuk pertemuan selanjutnya, agar murid lebih
berhati-hati dalam latihan menulis ayat agar tidak terjadi kesalahan yang sama.
3.
Materi pembacaan al-Quran yang diajarkan kepada murid mengikut gaya bacaan
muratal (Tartilul Qur’an).
Tartil adalah masdar (nama
terbitan) dari kata kerja ‘rattala’. Kalimah ini membawa maksud membaca
dengan terag, lemah lembut, perlahan dan tidak tergopoh gapah. (Muhammad
‘Arabi, 1994). Sementara Husni Sheikh Othman (1974) pula menyebut
“Tartil
adalah lafaz yang meliputi kalimah Tahqiq, hadar dan tadwir. Terkandung juga di
dalamnya pengertian tajwid dan hukum-hakam yang berkaitan dengannya serta
memperelokkan penyebutan lafaz-lafaznya dengan suara yang baik mengikuti
kemampuan seseorang disamping memelihara waqaf dan ibtida”
At-Tartil adalah
nama khusus kepada bacaan al-Quran. Bacaan al-Quran secara tartil adalah bacaan
yang bernilai tinggi dan bacaannya bukan hanya sekedar mengetahui dan memahami
hukum sahaja tetapi juga perlu diusahakan dan diketemukan bacaan yang tepat dan
perkara ini perlu dilakukan pada awal zaman kanak-kanak lagi. (Nik Jafar Nik
Ismail, 1998).
Materi
pelajaran dengan lagu tartil sebagamana telah diterangkan di atas, telahpun
diperkenalkan guru kepada murid sedari awal lagi. Misalnya, pada permulaan
pengajaran guru terlebih dahulu membaca Tangauz dan Basmallah mengikut
bacaan tartil untu kemudian diikuti murid secara bersama-sama. materi bacaan
lagu tartil akan dimantapkan lagi apabila murid telah mulai mempelajari ilmu
tajwid praktis pada buku siri dua.
Langkah-langkah
pengajaran yang dilakukan guru pada materi ilmu tajwid praktis dalam buku siri
dua tidak jauh berbeza dengan buku siri satu. Perbezaan hanya dari segi materi
sahaja. Pada setiap awal pengajaran buku siri dua, guru terlebih dahulu akan
memperdengarkan kepada murid bacaan lagu muratal yang terdapat dalam kaset
dengan menggunakan media tape recorder. Kaset tersebut ialah bacaan lagu tartil
yang dibawakan sendiri oleh haji Gazali.
Menurut
Hj. Gazali. Apabila murid membaca ayat-ayat al-Quran dengan bacaan tartil ianya
akan menjadikan bacaan tersebut terdengar lebih indah dan merdu. Tujuan lain
ialah untuk memudahkan murid mempraktekan ilmu tajwid yang telah dipelajari,
misalnya. Bagaimana cara memanjangkan bunyi bacaan yang dilamakan (mad),
bacaan dengung (Gunnah), dan tidak dengung (Bilagunnah),
dan bagaimana cara mewaqafkan bacaan dtengah-tengah ayat serta cara
berhenti pada akhir ayat di dlaam al-Quran.
Jika
satu materi pelajaran ilmu tajwid telah diterangkan di hadapan kelas dan guru
lansung mencontohkan kepada murid bagaiamana cara membacanya. Maka langkah
selanjutnya ialah, murid akan mengulang kembali bacaan tersebut secara
bersama-sama atau guru juga boleh memerintahkan seorang murid untuk membaca
sebuah ayat dengan gaya lagu tartil. Manakala disaat salah seorang murid
membaca murid lain berkesempatan untuk mendengar dan memperhatikan bacaan rakan
kawan mereka. Startegi lain ialah, guru boleh menyuruh murid yang lebih mahir
bacaan tartilnya untuk mengulangkan bacaan rakannya yang belum mahir. Ianya
bertujuan agar pengajaran jadi menyeronokan dan tidak membosankan.
4.
Evaluasi pembelajaran melibatkan guru dan murid di setiap akhir pengajaran.
Evaluasi
yang melibatkan murid akan dilaksanakn pada setiap penutup pengajaran.
Misalnya, pada materi memperkenalkan huruf hijaiyah. Setelah pengajaran membaca
dan menulis selesai dilaksanakan, sebagai tes kefahaman murid terhadap materi
yang telah diajarkan. Guru akan memberikan arahan kepada murid untuk mengira
atau mencari huruf-huruf yang telah dipelajari dalam sebuah ayat. Contohnya,
berapakah huruf alif, lam dan minyang
terdapat didalam surat Al-Baqarah ayat 2? Berapakah banyak bacaan yang di
dengungkan (gunnah) dan tidak didengungkan (bilagunnah) dalam
surat al-Baqrah ayat 15?
Setelah
murid selesai mengerjakan soalan-soalan yang diketengahkan oleh guru. Langkah
selanjutnya ialah. Guru memberikan arahan kepada murid untuk saling menukarkan
buku pegangan masing-masing mereka kepada rakan di samping kiri atau kanan
mereka. Ini juga membantu guru untuk lebih memudahkan evaluasi dan melihat
apakah murid sudah menguasai materi atau sebaliknya.
Bagi
murid yang mendapatkan nilai yang cemerlang disetiap pengajaran. Guru
digalakkan memberikan pujian atau hadiah. Misalnya, murid akan diberi hadiah
seperti pen, buku atau pelbagai hal menarik lainnya. Jika guru tidak mampu
memberikan hadiah-hadiah berupa materi, guru juga boleh melaksanakan cara lain.
Misalnya, sepuluh orang murid yang memperoleh nlai baik mereka akan pulang
lebih awal daripada rakan-rakannya. Hal ini bertujuan agar murid dihargai
dengan apa yang telah diperoleh dan dicapainya. Hj. Gazali menyatakan, pada bagian
ini kreatifiti guru sangatlah digalakkan
5.
Terdapat warna-warna tertentu pada setiap bahagian materi yang dipelajari.
Hj.
Gazali menyatakan. Guru hendaklah menggunakan alat tulis (Whiteboard Marker)
yang berwarna-warni semasa memberikan apapun jua materi pengajaran. Adakah
ianya pelajaran memperkenalkan huruf, membaca bacaan yang berbaris dua serta
materi-materi berikutnya. Hal ini akan selari dengan warna yang terdapat
didalam buku pegangan murid, kerana penulis selalu memberikan tanda warna pada
setiap materi inti yang akan dipelajari samaada buku satu atau dua. Ini
bertujuan agar murid lebih mudah melihat dan faham kepada materi, tujuan
lainnya adalah agar tidak bercelaru antara contoh materi dengan materi sebenar.
Misalnya,
materi memperkenalkan huruf hijaiyah alif, lam danmim.
Setelah guru mencontohkan cara menulis dan memperkenalkan cara membacanya.
Selanjutnya guru akan memerintahkan murid untuk mengulang membaca huruf-huruf
tersebut pada contoh ayat al-Quran yang telah sedia ada dalam buku pegangan.
Untuk memudahkan murid dalam pembacaan penulis telah memberikan tanda khusus
iaitu warna merah kepada huruf (alif, lam dan mim)
yang akan dibaca murid. Warna ini selalu ada sampai kepada materi ilmu tajwid
praktis yang terdapat dalam buku siri dua.
3.4 Perkembangan Metode Tartil
Sebelum
metode Tartil ditulis dalam bentuk buku seperti saat sekarang ini. Penulis
menjelaskan, pada awalnya metode Tartil hanya digunakan oleh guru-guru al-Quran
yang berkhidmat di Taman Pendidikan Seni Al-Quran (TPSA) sahaja. Kemudian pada
tahun 1998 pihak kementerian menawarkan agar metode Tartil tersebut juga
diselenggarakan disekolah-sekolah dasar (SD). Ini bertujuan untuk kelas
pemulihan al-Quran bagi murid darjah lima dan enam yang masih buta baca tulis
al-Quran. Penulis bersetuju untuk diselenggarakan di dua buah sekolah rendah di
zon Padang Barat dengan jumlah murid 230 orang, 10 orang guru pengajar dan
dibantu oleh 2 orang pengawas. Perkembangan itu semakin membaik sebagaimana
digambarkan dalam jadual 2.1 berikut:
No
|
Tahun
|
Jumlah
Sekolah
|
Jumlah Murid
|
1
|
1999
|
4 sekolah
|
200 orang
|
2
|
2000
|
11 sekolah
|
150 orang
|
3
|
2001
|
75 sekolah
|
3.750 oran
|
4
|
2002
|
250 sekolah
|
12.500 orang
|
5
|
2003
|
60 sekolah
|
3000 orang
|
6
|
2004
|
60 sekolah
|
3000 orang
|
7
|
2005
|
25 sekolah
|
1.250 orang
|
8
|
2006
|
400 sekolah
|
22.860 orang
|
Sumber:
Kementerian Pendidikan Padang. 2006.
Jadual
2.1. Perkembangan metode Tartil dari tahun 1999 hingga 2006.
Laporan
Jabatan Pendidikan Bandar Padang (2006). Menyatakan, pengalaman kami
menggunakan metode Tartil kepada 400 buah Sekolah Rendah di Bandar Padang,
secara keseluruhan, metode Tartil telah mampu membolehkan murid untuk dapat
membaca dan menulis al-Quran dengan baik dan waktu yang lebih singkat. Walau
bagaimanapun laporan di atas tidaklah berbentuk kajian, terhad kepada penilaian
secara pengamatan sahaja dari pihak kementerian.
Setelah
metode Tartil berhasil dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di Bandar Padang.
Kini pihak Kementerian Pendidikan dan Kementerian Agama Bandar Padang
menyarankan agar program pengajaran dan pembelajaran metode Tartil dipusatkan
sepenuhnya di seluruh Taman Pendidikan Seni Al-Quran (TPSA) dan lembaga
pengajaran al-Quran yang sedia ada. Hal ini disebabkan apabila program tersebut
dilaksanakan di sekolah ianya memerlukan biaya yang besar untuk gaji guru
mahupun pentadbirannya. Manakala jika diadakan di Taman Pendidikan Seni
Al-Quran (TPSA) pihak Kementerian hanya perlu mempertingkatkan lagi kualiti
guru dan pentadbirannya sahaja. Tegasnya. seluruh biaya program tidak lagi
ditanggung oleh kementerian sepenuhnya. (Kementrian Pendidikan dan Kementrian
Agama Bandar Padang 2006).
Untuk
menambah profesionalisme guru dalam mengajarkan metode Tartil, maka pada tahun
2004 Hj Gazali menubuhkan lembaga Baca Tulis Quran (BTQ). Lembaga tersebut
berpusat di Sekolah Tinggi Agama Islam Pengembangan Ilmu Al-Quran (STAI-PIQ)
Sumatera Barat. Ianya bertujuan untuk memberikan latihan-latihan bagi guru-guru
yang akan mengajar menggunakan metode Tartil. Terdapat tiga kemahiran asas yang
perlu dikuasai guru iaitu: (i) kemahiran ilmu tajwid (ii) kemahiran melagukan
ayat al-Quran dengan bacaan muratal (Tartilul Quran), (iii) kemahiran
menulis ayat-ayat al-Quran dengan seni Khatil Quransehingga tulisan
guru dapat dijadikan model bagi murid dalam pengajaran dan pembelajaran menulis
ayat al-Quran. Disamping itu, guru juga diberikan pelatihan pedagogi oleh pakar
pendidikan yang dijemput selama pelatihan. (Gazali 2007)
Selain
memberikan pelatihan di lembaga yang telah ditubuhkan tersebut. Hj. Gazali juga
telah memberikan latihan bagi guru pengajaran al-Quran seluruh daerah di
Sumatera Barat. beliau juga dijemput untuk memberikan pelatihan metode Tartil
di pelbagai daerah di Indonesia. Diantaranya, Negeri Riau, Lampung, Palembang
dan Jakarta. (Gazali, 2007)
Manakala
perkembangan metode Tartil di luar negara. Pada tahun 2004 Hj. Gazali dijemput
oleh pengarah eksekutif sekolah SRI Seremban untuk memperkenalkan metode Tartil.
Kemudian pada awal tahun 2004 tersebut sekolah tersebut telah menggunakan
metode Tartil sebagai asas pengajaran al-Quran bagi murid-muridnya. Ini
didukung oleh (Khalil Bin Jali, 2009) pengarah eksekutif sekolah SRI Seremban.
Melaporkan semenjak diperkenalkannya metode Tartil dari tahun 2004 sehingga
2009 oleh Hj. Gazali. Maka kaedah tartil telah berjaya dengan mencapai tahap
penguasaan 90% ke atas murid dalam pembelajaran tilawah al-Quran.
Pengkaji
juga telah mula mengembangkan metode Tartil ini sama ada di Indonesia mahupun
Malaysia, bermula dari pengkaji melanjutkan pengajian program master di Fakulti
Pendidikan, pengkhususan Pendidikan Islam bulan januari 2009, pengkaji telah
mulai melaksanakan pengajaran Tilawah al-Quran dengan menggunakan metode Tartil
di beberapa sekolah rendah yang ada di Selangor. diantaranya adalah Sekolah Sri
Aesyah Bangi, Sekolah Rendah Ugama Bukit Kapar Barat Klang, Sekolah Rendah Sri
Al-Amin Sungai Tangkas. Dari beberapa pelaksanaan tersebut penulis berjaya
dalam masa yang lebih singkat dan hasil lebih baik melaksanakan pengajaran
Tilawah al-Quran pada kelas pemulihan al-Quran dibeberapa sekolah tersebut.
Kesimpulannya,
metode Tartil merupakan sebuah inovasi yang lebih baharu dalam pendidikan Islam
khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran, meskipun metode
ini belum menyeluruh digunakan oleh para guru al-Quran sama ada di Indonesia,
Malaysia, Singapore dan Negara Islam lainnya. Namun pengkaji menillai dari awal
penemuan sampai perkembangannya samapai pada ini menunjukkan bahawa metode
Tartil dapat cepat diterima oleh dunia pendidikan, utamanya guru pendidikan
Islam yang mengajar pendidikan tilawah al-Quran
4.0
KAJIAN FAKTOR-FAKTOR PENDUKUNG KEBERHASILAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Mohd
Majid (2005) menjelaskan bahawa kepentingan merujuk kajian lepas bagi seseorang
pengkaji dapat membantu pengkaji menerang dan menjelaskan latar belakang
sesuatu masalah dan mengenal pasti sejauh mana masalah yang wujud dalam sesuatu
bidang telah dikaji. Perbincangan tentang faktor–faktor pendukung pengajaran
al-Quran dalam kajian ini akan difokuskan kepada (i) kajian faktor Input guru,
(ii) kajian faktor inputpenggunaan kaedah pengajaran dan
pembelajaran, (iii) Kajian pengetahuan guru terhadap disiplin ilmu yang diajar,
(iv) Kajian kesan pengajaran dan pembelajaran terhadap sikap belajar murid, (v)
Kajian kesan pengajaran dan pembelajaran terhadap minat belajar murid, (vi)
Kajian kesan pengajaran dan pembelajaran terhadap prestasi belajar murid
4.1 Faktor input guru
Faktor input guru
sebagaimana dalam model pengajaran dan pembelajaran Dunkin dan Biddle (1974),
antara yang diberi penekanan ialah hubungan amalan pengajaran dan pembelajaran
guru dengan pencapaian murid. Dalam model ini amalan pengajaran dan
pembelajaran guru yang diperhatikan ialah segala tingkah laku guru dalam bilik
darjah yang memberi kesan kepada pencapaian murid. Manakala pencapaian murid
yang diukur adalah merangkumi tahap pengetahuan atau kemahiran yang dicapai
murid dan juga sikap murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Berasaskan
pandangan ini, maka kajian hubungan faktor guru dengan pencapaian murid dalam
pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran adalah antara yang menjadi fokus
kajian ini.
Kajian
Long dan Hoy (2006) di Midwesten United State melibatkan murid sekolah menengah
luar bandar. Kajian ini melibatkan dua fasa iaitu fasa kuantitatif dan
kualitatif. Sampel murid terdiri dari 112 orang yang mewakili berbagai bangsa.
Dalam fasa kuantitatif sampel murid dikehendaki membuat penilaian terhadap
amalan pengajaran dan pembelajaran guru mereka yang meliputi Bahasa Inggeris
dan Sains Sosial. Instrumen soal selidik amalan pengajaran guru berdasarkan Instrument
Teacher Nomination. Dapatan kajian hasil ujian Exploratory Factor
Analyisis mendapati sebanyak 62.17 varians menyumbang kepada amalan
pengajaran dan pembelajaran guru yang dikategorikan sebagai pengajaran
berkesan. Hasil kajian menunjukkan amalan pengajaran dan pembelajaran guru yang
terdiri daripada pemboleh ubah pengurusan guru, penyampai guru, semangat guru,
kesungguhan guru, prihatin guru terhadap murid, metode pengajaran dan
pembelajaran guru, menunjukanfactor loading yang tinggi terhadap
amalan pengajaran berkesan guru iaitu melebihi 0.4.
Seterusnya
Nik Mohd Rahimi (2005) telah menjalankan kajian berkaitan pengajaran dan
pembelajaran guru dengan menggunakan model Konteks-Input-Proses-Produk
(KIPP). Kajian melibatkan 1665 orang murid dan 100 orang guru. Tujuan utama
kajian ini ialah menilai kemahiran mendengar bahasa Arab di Sekolah Menengah
Agama Yayasan Islam Kelantan. Aspek yang dinilai dari guru ialah teknik
pengajaran, alat bantu mengajar, dan persepsi guru terhadap kemahiran mendengar
bahasa Arab. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru bahasa Arab yang
mengoptimumkan penggunaan teknik pengajaran dan alat bantu mengajar akan
mempengaruhi pencapaian yang tinggi dalam bahasa Arab, hal ini menunjukan
bahawa pengajaran dan pembelajaran guru yang efektif akan memberi kesan
terhadap peningkatan akademik murid.
Kajian
lain yang boleh dirujuk tentang hubungan pengajaran dan pembelajaran guru
dengan peningkatan pencapaian murid ialah Hanuni (2003), Ab. Halim et al.
(2004), Love dan Kruger (2005), Renaud dan Murray (2005), rata-rata kajian yang
telah dijalankan menunjukan bahawa hubungan pengajaran dan pembelajaran guru
berkait rapat dengan peningkatan dan penacapaian murid dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Merujuk
kepada kajian-kajin lepas yang telah dibincangkan menunjukkan bahawa. Amalan
pengajaran dan pembelajaran guru yang berkesan, sikap ambil guru terhadap
murid, kreatifiti guru dalam mengurus bilik darjah semasa pengajaran dan
pembelajaran akan dapat memberansangkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah serta mempunyai impak teradap pencapaian dan sikap belajar murid.
Tegasnya,
amalan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelbagai kaedah bukan sahaja
berguna dan berkesan dalam penyampaian konsep dan kemahiran dalam pengajaran
dan pembelajaran, malah jika digunakan secara kreaktif, ianya dapat menarik
minat serta dapat memberi pengalaman yang seronok kepada murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
4.2
Faktor input penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran
Pada input penggunaan
kaedah pengajaran dan pembelajaran atau alat bantu mengajar. Mengikut teori
Wolberg (1984) di mana kualiti dan penggunaan kaedah pengajaran dan
pembelajaran guru merupakan satu daripada sembilan faktor keberhasilan
pengajaran. Pemilihan kaedah mestilah dapat menarik minat murid, kreatif dan
inovatif. Ia juga menyatakan penggunaan bahan bantu mengajar dalam bilik darjah
akan dapat mempengaruhi hasil sikap dan pencapaian belajar murid.
Berkaitan
kaedah pengajaran dan pembelajaran, menurut Mohd Yusuf (2000), Ahmad (1997),dan
Hasan (1981) berpendapat kaedah ialah satu siri tindakan yang sistematik yang
bertujuan untuk mencapai objektif pelajaran dengan langkah dan penyampaian yang
tersusun. Merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran al-Quran dalam kajian ini
diantara kaedah yang dapat digunakan oleh seseorang guru semasa pengajaran dan
pembelajaran ialah talaqi dan musyafahah (Mohd
Yusuf Ahmad 2000). Tegasnya, apa saja cara yang guru lakukan untuk
memberi faham kepada murid bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
al-Quran, maka ia adalah kaedah.
Kajian
Fatimah (2002) secara keseluruhan hasil kajian mendapati bahawa. Penggunaan
kaedah mengajar yang tepat merupakan faktor terpenting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ianya menentukan keberkesanan pengajaran yang disampaikan oleh
seseorang guru. Nik Salida Maizah (2004) menyatakan pemilihan teknik dan alat
bantu mengajar yang sesuai telah membantu 70.6% sampel berminat untuk belajar
tilawah al-Quran walaupun 14.7% hanya mampu di aras baik dan 23.3% tidak
berminat dan tidak menguasai tilawah al-Quran.
Kajian
Mohd Alwi Yusof et al (2003) menyatakan penggunaan kaedah Iqra pada umumnya
memberi kesan yang baik terhadap pencapaian pengajaran dan pembelajaran
al-Quran di sekolah rendah kebangsaan. Manakala hasil kajian Mohd Naim (2003)
tentang pencapaian tilawah al-Quran melalui penggunaan kaedah Iqra’ di sekolah
Kebangsaan daerah Setiu, Terengganu, mendapati 49.8% murid boleh membaca
al-Quran dengan baik, 35.4% masih berada pada tahap buta huruf al-Quran. Amri
Daud (2005) model enam bulan khatam al-Quran, dapatan ujian murid yang
mengikuti program ini 75.8% mencapai objektif dan terdapat 15.2% yang tidak
boleh menguasai bacaan al-Quran. Ini menunjukkan pencapaian objektif agak sederhana.
Kajian
Mohd Firdaus (2008) dengan tajuk “Keberkesanan penggunaan alat sebenar sebagai
alat bantu mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata
pelajaran kemahiran hidup. Dapatan kajian merumuskan (i) murid sedar dengan
penggunaan alat sebenar sebagai ABM dapat menarik minat murid untuk mempelajari
mata pelajaran Kemahiran Hidup. (ii) Penggunaan alat sebenar dalam pengajaran
Kemahiran Hidup menjadikan pembelajaran yang tidak membosankan. (iii)
Penggunaan alat sebenar membolehkan murid mengaplikasikannya dalam kehidupan
mereka. (iv) Murid dapat memahami langkah kerja sesuatu projek Kemahiran Hidup
dengan baik.
Kajian
Ab. Rahim Hamdan & Hayazi Mohd Yasin (2008) hasil kajian tentang penggunaan
alat bantu mengajar dikalangan guru-guru sekolah menengah teknikal Johor Bahru.
Dapatan kajian melaporkan penggunaan alat bantu mengajar adalah penting bagi
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mempengaruhi sikap, minat
dan pencapaian murid dalam akademik. Ini selari dengan kajian (Arumugan 2006;
Yahya Othman et al. 2008). Kesan penggunaan alat bantu mengajar dengan komputer
dikalangan murid adalah positif dan dapat memberi pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkesan.
Kajian-kajian
lain yang dapat dirujuk mengenai hubungan penggunaan kaedah dan bahan bantu
mengajar dengan pencapaian murid iaitu Shahrin bin Hashim et al. (2009),
Choy Sau Kam et al. (2003). Mereka menyimpulkan bahawa amalan pengajaran dan
pembelajaran guru yang baik serta pemilihan kaedah yang tepat bukan sahaja
berguna dan berkesan dalam penyampaian konsep dan kemahiran kepada murid, malah
jika digunakan secara kreaktif, ianya dapat menarik minat serta dapat memberi
pengalaman yang seronok kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan
kepada kajian-kajian lepas, mengenai penggunaan teknik dan pemilihan kaedah
yang sesuai merupakan salah penyumbang ke atas pencapaian murid dan proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, merujuk kepada amalan pengajaran dan
pembelajaran membaca al-Quran yang berkesan, guru hendaklah memilih pendekatan
yang sesuai. Hal ini kerana tidak ada satu pendekatan yang dianggap terbaik
untuk satu-satu mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Antara
pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran ialah pendekatan
induktif (AhmadMohd Salleh 1997), di mana para guru mengemukakan contoh bacaan
al-Quran mengikut sesuatu hukum tajwid dan seterusnya para murid
mengaplikasikan contoh bacaan guru dalam bacaan al-Quran yang dibaca.
Memandangkan
pengajaran dan pembelajaran membaca al-Quran melibatkan pengajaran kemahiran.
Maka mengajar kemahiran perlu menekankan kepada arahan, demonstrasi dan
pembaikan kesilapan murid. Disamping itu juga, guru mesti mampu memperdengarkan
bacaan yang fasih dengan suara yang merdu, hal ini akan memupuk perasaan cinta
murid terhadap al-Quran. kaedah mengajar merupakan faktor terpenting dalam
pengajaran dan pembelajaran. Ianya akan menentukan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran yang disampaikan oleh seseorang guru.
4.3 Faktor pengetahuan guru
terhadap disiplin ilmu yang diajar
Selanjutnya
perbincangan ini akan dilanjutkan dengan kajian tentang pengetahuan guru
terhadap disiplin ilmu yang diajar dengan peningkatan dan pencapaian murid
dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian korelasi antara pengetahuan guru
degan pencapaian murid ialah seperti kajian Heather et al. (2005) mendapati
terdapat hubungan yang siginifikan antara pemboleh ubah yang dikaji iaitu
pengetahuan guru dengan keberkesanan amalan pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi kajian menunjukan bahawa untuk memperbaiki dan meningkatkan
pencapaian murid diantaranya iaitu dengan menambah dan meningkatkan lagi ilmu
pengetahuan guru tentang disiplin ilmu yang diajar agar kualiti amalan pengajaran
dan pembelajaran berkesan.
Harbison
dan Hanushek (1992), Mullens et al. (1996) dan Rowan et al. (1997) mendapati
bahawa pengetahuan guru tentang disiplin ilmu yang diajar adalah merupakan
sebagai alat ukuran peramal untuk menentukan keberkesanan amalan pengajaran dan
pembelajaran dan seterusnya mempengaruhi pencapaian murid. Namun kajian Shulman
(1986), Wilson et al. (1987) dan Ball (1990) membuktikan bahawa tidak memadai
setakat ilmu pengetahuan sahaja yang akan menentukan pencapaian murid, bahkan
apa yang penting juga ialah kreatifiti yang guru gunakan semasa pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.
Darling-Hammond
(2000) dan Goldhaber dan Brewer (2000) berkaitan dengan faktor pengetahuan guru
terhadap disiplin ilmu yang diajar serta kualiti guru yang terdiri dari input
dan proses dan perkaitannya dengan pencapaian murid menunjukkan bahawa
terdapatnya hubungan yang kuat antara pembolehubah kualiti guru dengan
pencapaian murid.
Banyak
kajian membuktikan bahawa pencapaian baik murid adalah hasil pengaruh daripada
guru yang telah banyak diberi latihan professional berkaitan disiplin yang
diceburi. Latihan ini akan menjadikan guru menguasai secara mendalam kurikulum
yang diajar dan juga menjadikan para guru lebih mahir dari segi pedagogi.
(Cohen dan Hill, 1997; Wiley dan Yoon, 1995; Brown, Smith dan Stein, 1995).
Kajian-kajian lain mendapati murid akan mencapai pencapaian yang tinggi apabila
diajar oleh para guru yang mempunyai latar belakang pendidikan yang mahir,
contohnya guru yang mempunyai ijazah sarjana. Oleh itu wujud hubungan yang
positif antara pencapaian pelajaran dengan latar belakang pendidikan guru
(Knoblock, 1986;Sanders, Skonie-hardin dan Phelps, 1994).
Guru
merupakan elemen penting dalam pendidikan. Pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti adalah hasil daripada mereka yang mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan pada suatu disiplin ilmu tersebut. Kenyataan ini
turut disokong oleh (Crow & Crow, 1983), iaitu guru yang efektif ialah
guru–guru yang mempunyai sifat–sifat seperti berikut :
i.
Mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam mata pelajaran yang diajarnya.
ii.
Mempunyai imaginasi yang tinggi untuk membolehkan ia membuat pelbagai contoh
yang dapat membantu murid memahami suatu konsep denganmudah.
iii.
Dapat menggunakan alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran dengan baik
dalam pengajarannya .
Berdasarkan
perbincangan berkaitan kajian-kaian lepas, hal tersebut jelas menunjukkan
bahawa pengetahuan furu terhadap ilmu yang diajar, pengalaman guru terhadap
bidang yang diceburi, latar belakang pendidikan seorang guru akan mempengaruhi
pencapaian murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pengetahuan guru
terhadap ilmu yang diajar penting kerana ia akan menentukan daya tarikan minat
murid untuk menumpukan perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran.
Disamping
pengetahuan guru, faktor lain yang juga ikut menyumbang ialah berkait rapat
dengan sifat dan ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang guru. Al-Nahlawi (1988)
menyenaraikan sifat-sifat dan ciri-ciri guru berteraskan ajaran Islam, iaitu
pertama, hendaklah segala tujuan, tingkah laku dan pemikirannya bersifat Rabbani,
iaitu sentiasa didasari dengan tuntutan Islam. Kedua, seorang yang ikhlas,
iaitu segala usaha yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapat keredaan
Allah. Ketiga, sentiasa bersabar dalam melaksanakan tanggungjawab jawatan dan
tugasnya. Keempat, hendaklah jujur dengan apa yang disampaikan. Antara tanda
sifat kejujuran itu ialah guru melaksanakan apa yang diajar. Seterusnya yang
kelima, guru hendaklah sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan yang
berkaitan serta berbincang mengenainya.
4.4
Faktor kesan pengajaran dan pembelajaranterhadap sikap belajar murid
Sikap
adalah sesuatu yang berbentuk dalaman dan sukar untuk difahami. Ia terletak di
dalam sanubari dan bukan semua sikap dapat dizahirkan secara terang dalam
realiti kehidupan. Itulah sikap yang sering membuat manusia tertanya-tanya dan
tercari-cari. Melalui sikap, seseorang boleh mempelajari pelbagai ilmu baru
untuk mempertingkatkan jati diri. Bagi seseorang murid sikap itulah yang perlu
ada dalam diri mereka. Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat
faktor-faktor yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran dan pencapaian
murid-murid di sekolah. Antara faktor-faktor yang dapat dikesan itu, dan perlu
diberi perhatian ialah berkait rapat dengan sikap murid.
Sikap
merupakan kecenderungan perasaan seseorang terhadap sesuatu objek samada
perasaan itu memihak (favorable) atau tidak memihak (unfavorable).
(Vesta & Thompson, 1970). (Nasution 1998; Walgito, 2004; Ramayulis, 2004;
Zakiah, 2005; Syah 2005) menyatakan apabila seseorang telah melalui pembelajaran.
Maka ianya akan nampak melalui tiga aspek iaitu; aspek: (i) kognitif
(konseptual), (ii) afektif (emosional), (iii) konatif (perilaku atau action
component). Aspek kognitif iaitu komponen yang berkaitan dengan
pengetahuan, pandangan, keyakinan. Misalnya, dalam pembelajaran bagaimana murid
mempersepsi sesuatu pelajaran, persepsi tersebut akan merubah sikap murid
terhadap pelajaran berkenaan. Aspek afektif iaitu. Sikap murid yang berhubungan
dengan rasa senang atau tidak senang terhadap sesuatu objek. Manakala aspek
konatif pula iaitu. Berkaitan dengan kecenderungan untuk berperilaku atau
tindak balas murid terhadap sesuatu objek dalam hal ini tentu mata pelajaran.
Terdapat
beberapa kajian lepas yang menunjukkan bahawa sikap murid terhadap mata pelajaran
mempunyai korelasi dengan pencapaian hasil belajarnya. Misalnya kajian yang
dibuat oleh Jordan (1940) telah menggunakan teknik soal selidik untuk menguji
sikap murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis,
matematik, sejarah dan geografi di kalangan 231 pelajar (berumur
11-15 tahun) di Sekolah Utara London. Hasil dari ujian ini telah
menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan antara sikap murid terhadap mata
pelajaran itu. Siti Rahayah (1988), untuk mengenal pasti sikap murid Tingkatan
tiga terhadap mata pelajaran Sains dan pencapaian mereka dalam mata pelajaran
sains paduan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang siginfikan
antara sikap murid dengan pencapaian mata pelajaran sains.
Sebagaimana
Abdullah (2004) kajian terhadap sikap dan motivasi murid-murid Dusun terhadap
pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Zamri dan Zarina (2001) telah
mengkaji tentang sikap murid Cina terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Dapatan
kajian menyimpulkan bahawa terdapat hubungankait antara sikap murid terhadap
mata pelajaran dengan hasil pencapaian yang diraihnya. Kajian Purwaningsih
(2007), mendapati bahawa. Sikap ilmiah murid terhadap mata pelajaran matematik
merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi hasil belajar seseorang murid.
Dapatan
kajian di atas disokong oleh kajian Lim (2001) yang menyatakan murid Cina dapat
menguasai Bahasa Melayu dengan baik kerana mempunyai kemahuan yang tinggi untuk
mempelajari Bahasa Melayu yang merupakan subjek penting dan wajib lulus untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian Suwarnee et al.
(2000) mendapati murid Melayu terdorong untuk mempelajari Bahasa Melayu bukan
sahaja untuk mendapatkan keputusan yang baik, tetapi kerana sikap dan kesedaran
tentang persaingan peluang pekerjaan pada masa hadapan.
Sebaliknya
bertentangan dengan kajian Azizi et al. (2007). Kajian yang dibuat untuk
mengkaji sikap pelajar terhadap mata pelajaran matematik dan apakah hubungannya
dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Hasil kajian
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang lemah antara sikap pelajar terhadap
mata pelajaran matematik dan pencapaian mata pelajaran tersebut. Selari dengan
kajian Zainudin Bin Abu Bakar et al. (2007) Hasil dapatan menunjukkan bahawa
faktor sikap, rakan sebaya dan ibu bapa berada pada tahap sederhana dalam
mempengaruhi pencapaian bahasa Inggeris.
Sikap
memainkan peranan yang penting untuk mencapai kejayaan di dalam sesuatu perkara
atau usaha. Apabila seseorang itu gagal di dalam sesuatu perkara, ramai orang
akan menyatakan dia mempunyai sikap yang salah. Di sekolah pula, guru-guru
sering menyatakan bahawa kegagalan murid-murid disebabkan oleh sikap mereka
yang negatif seperti malas, tidak berminat dan sebagainya.
Sikap
ini dibentuk dari pengalaman dan persepsi seseorang terhadap sesuatu perkara
atau fenomena ( Robbins, 1986). Kesimpulannya. Persepsi murid-murid terhadap
sesuatu mata pelajaran akan membentukkan sikap mereka terhadap mata pelajaran
tersebut. Disebabkan sikap seringkali dikaitkan dengan kemajuan dan kegagalan
persekolahan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran boleh ditingkatkan
sekiranya guru dapat memahami sikap murid terhadap mata pelajaran yang
diajarinya. Maklumat yang diperolehi itu boleh digunakan oleh guru untuk merancangkan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian demi mengubah sikap murid
dan seterusnya membawa kepada pencapaian yang cemerlang
4.5 Faktor kesan pengajaran
dan pembelajaranterhadap minat belajar murid
Minat
erat hubungannya dengan dorongan (drive), motif, dan reaksi
emosional. Minat juga dikaitkan dengan kecenderungan hati yang tingi terhadap
sesuatu, (Crow and Crow, 1984; Tidjan, 1997; Pramudita, 2004).. Manakala
Skinner (1990) berpendapat bahawa minat sebagai motif yang menunjukkan arah
perhatian individu terhadap obyek yang menarik atau menyenangkannya, seseorang
yang mempunyai minat terhadap sesuatu objek tertentu. Maka ia cenderung akan
berusaha aktif dengan obyek tersebut.
Menurut Gage pula (1965), minat belajar
adalah keadaan dalaman individu yang akan memberikan kecenderungan
bertindak dalam menghadapi suatu obyek atau peristiwa, didalamnya terdapat
unsur pemikiran, perasaan yang menyertai pemikiran dan kesiapan untuk
bertindak. Kajian-kajian mengenai hubungan minat murid dengan pencapaian hasil
belajar telah lama dikaji oleh kalangan penyelidik, diantara kajian-kajian
tersebut menyimpulkan terdapat hubungan yang erat antara minat belajar murid
terhadap suatu mata pelajaran dengan pencapaian hasil belajar pada mata
pelajaran berkenaan.
Rallison
(1941), kajian yang dibuat di kalangan murid-murid berumur 11,12 dan 13 tahun
di bandar New Castle, England, telah mendapati minat pelajar mempunyai
hubung-kait yang kuat dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran pendidikan
Jasmani, bahasa Inggeris, llmu Alam dan sejarah. Dari ujian yang menggunakan Vernon
Measurement Abilities (VMA) dijelaskan faktor minat saling
mempengaruhi pencapaian murid-murid tersebut.
Fitt
(1957) kajian di Auckland, New Zealand juga mendapati hubungan antara minat
pelajar terhadap mata pelajaran adalah mempunyai kaitan yang positif dengan
pencapaian setelah beliau menggunakan soal selidik di kalangan 1244 orang
pelajar di bandar itu. Lebih lanjut lagi beliau menunjukkan perubahan umur
pelajar dari rendah ke peringkat menengah mempengaruhi perubahan minat pelajar
terhadap persekolahan mereka. Seterusnya banyak lagi kajian yang dilakukan
selepas ini termasuklah mencuba berbagai-bagai teknik. Austrin misalnya
menggunakan Multidimensional Achievement Orientation Scale (MAOS), Schultz
menggunakan Attitude-Interest Questionaire” dan Jackson bersama Getzel
menggunakan” Iowa Test ofEducational Development” (TED), bagi menghubungkan
minat dengan pencapaian.
Tetapi
kelompok lain seperti kajian Jackson dan Lahademe (1957) yang mengkaji hubungan
minat dengan pencapaian pelajar di kalangan pelajar gred 6 di enam buah sekolah
di Chicago dengan menggunakan Ujian IQ Kulmann-Anderson dan Michigan Student
Questionnaire (MSQ) telah gagal mencari korelasi yang jelas antara minat dan
pencapaian belajar pelajar. Demikian juga dengan kajian yang dibuat oleh
Malpass sebelumnya yang menyatakan kegagalan mencari korelasi antara minat
pelajar terhadap pelajaran dan pencapaian di sekolah. Beliau telah menjalankan
kajian itu di kalangan 92 orang pelajar gred 8, New York dalam tahun 1953. Ada
tanda-tanda kesamaran dalam membuat ukuran minat dan ujian pencapaian telah
menyebabkan kajian ini gagal mencari jawapan antara dua pembolehubah berkenaan.
Nofrizal
(2006) kajian tentang hubungan minat dengan kebolehan membaca al-Quran: kajian
di satu buah Taman Pendidikan Al-Quran luar bandar Sumatera Barat. Dapatan
kajian merumuskan faktor minat murid sememangnya boleh mempengaruhi kebolehan membaca
al-Quran di kalangan murid, tetapi ianya (minat) bukanlah faktor yang
sepenuhnya, faktor lain yang boleh wujud ialah motivasi, konsep kendiri, dan
strategi belajar.
4.6 Faktor
kesan pengajaran dan pembelajaranterhadap prestasi belajar murid
Terdapat beberapa pandangan yang
dikemukan pakar dalam menjelaskan prestasi belajar. (Djamarah,
1994; Ahmadi, 2005; Supriyono, 2004; Muhibbin Syah &
Abdullah, 2008; Ahmad Tafsir 2008). Prestasi belajar ialah berupa
nilai-nilai yang boleh diukur sebagai hasil dari usaha belajar yang telah
dicapai seseorang. Disamping itu, prestasi belajar juga boleh dilihat dari
penguasaan pengetahuan atau keterampilan yang telah didapatkan murid melalui
mata pelajaran yang diajarkan. Hal ini dapat dilihat dan ditunjukkan dengan
nilai ujian atau markah yang diberikan oleh guru terhadap hasil ujian seseorang
murid.
(Bloom,
1956; Sudjana, 1990; Abdullah, 2008; Anni, 2004) menyatakan. Prestasi belajar
merupakan hasil perubahan tingkah laku yang diharapkan dari murid setelah
melalui pengajaran dan pembelajaran. Ianya meliputi tiga aspek iaitu (i)
mengetahui(knowing), (ii) terampil melaksanakan atau mengerjakan yang ia
ketahui itu (doing), (iii) melaksanakan yang ia ketahui itu secara
berterusan (being).
Skinner
& Belmont (1993) menyatakan hubungan-hubungan di bilik darjah adalah
penting kerana ianya merupakan keperluan psikologi asas kepada seorang
kanak-kanak semasa berhubung dengan orang lain. Kajian empirikal telah
mendukomentasikan kesan positif sifat ambil peduli dan hubungan guru-murid akan
membantu terhadap pencapaian murid. Ini disokong oleh (Wentzel, 1998) bahawa
sokongan guru berkait lansung kepada matlamat masteri peribadi pelajar, minat
dalam kelas dan gred purata pencapaian akademik.
Robinson
(2002) telah menguji model komprehensif hubungan antara persepsi pelajar
terhadap sekolah dan bilik darjah dengan kepercayaan motivasi, penggunaan
strategi pembelajaran regulasi kendiri dan prestasi belajar murid. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa amalan guru di bilik darjah mempengaruhi secara tidak
lansung terhadap prestasi atau pencapaian pelajar.
Obach
(2003) pula membuat kajian longitudinal menguji pengaruh faktor-faktor motivasi
terhadap persepsi kendiri akademik pelajar. Kajian dilakukan selama tiga tahun
terhadap pelajar gred lima, keenam dan ketujuh sekolah-sekolah luar bandar yang
terletak di selatan Amerika Syarikat. Dapatan kajian menunjukkan pelajar yang
lebih berumur mempunyai persepsi kendiri akademik yang lebih tinggi padaripada
pelajar yang lebih muda. Pelajar yang berorientasi masteri dalam pembelajaran,
melakukan pemantauan kendiri, dan tekun dalam pembelajaran, melihat diri mereka
lebih kompeten dalam akademik.
Kajian-kajian
lain yang dapat dirujuk tentang kesan pengajaran dan pembelajaran terhadap
prestasi murid iaitu (Irfan Naufal 2000; Abdul Razak et al 2000; Kamaruddin et
al 2000 Caraway et al 2003). Banyak kajian telah dijalankan sama ada dalam dan
luar negara tentang hubungan pengajaran dan pembelajaran dengan prestasi dan
pencapaian akademik murid. Tegasnya, guru biasanya berdepan dengan bilangan
murid yang ramai dan pelbagai karenah yang ditimbulkan oleh mereka semasa
berlansungnya pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sudah tentu
amatlah sukar untuk mempengaruhi murid-murid dalam erti kata yang sebenarnya
kalau dilihat dari aspek pengajaran guru.
Walau
bagaimanapun, melalui kajian-kajian yang telah dijalankan penyelidik terdahulu,
kita dapat mengetahui dan mengenal pasti faktor-faktor penting yang dapat
dilakukan seseorang guru untuk memotivasi murid sehingga mengantarkan mereka
berjaya dan memperolehi markah yang cemerlang dalam akademik.
5.0 KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN
Kajian
tentang pengajaran dan pembelajaran al-Quran telah banyak dijalankan oleh ahli
pendidikan mahupun penyelidik-penyelidik terdahulu. Namun perlu pengkaji
jelaskan lagi, bahawa kajian yang berkaitan lansung dengan metode Tartil belum
banyak ditemui sampai sekarang. Hal ini disebabkan oleh metode Tartil merupakan
sebuah kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang relatif masih baharu
berbanding kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran lainnya.
Oleh itu, perbincangan selanjutnya akan memaparkan kajian-kajian yang telah
dibuat oleh penyelidik sama ada di luar mahupun didalam negara yang pengkaji
nilai berhungkait dengan pengajaran dan pembelajaran al-Quran.
5. 1 Kajian Pendidikan al-Quran di
Malaysia
Nor
Kamaliah (1987) mendapati Kaedah Pengajaran Cara Baru iaitu keluaran Jabatan
Agama Islam Kelantan dapat memberi peningkatan dalam membaca di kalangan
anak-anak. Kaedah ini telah membantu kanak-kanak yang berumur enam tahun ke
bawah untuk menghafal surah-surah lazim dengan bacaan yang betul. Abd Razak
(1988) dalam kajiannya merumuskan bahawa kelemahan murid dalam pengajian
al-Quran berpunca daripada masa 30 menit untuk satu pengajaraan Asuhan Membaca
al-Quran tidak mencukupi, murid terlalu ramai dalam satu kelas Pendidikan
Islam, guru tidak memberikan perhatian kepada semua murid, ayat-ayat yang
digunakan dalam sukatan terlalu tinggi, murid tidak mempelajari al-Quran di
rumah dan tidak ada kelas tambahan dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran.
Rodziah
(1991) mendapati faktor kelemahan dalam membaca al-Quran berdasarkan sebutan
huruf dan hukum tajwid yang betul dalam kalangan murid disebabkan oleh sikap
mereka dan sikap ibu bapa. Dalam kajiannya terdapat 75% murid tidak menghadiri
kelas pengajian al-Quran disebabkan tidak ada kawan untuk diajak ke kelas
pengajian. Manakala 60% ibu bapa menyerahkan sepenuhnya tugas mendidik
anak-anak dalam pengajian al-Quran kepada guru-guru al-Quran. Anak-anak tidak
digalakkan untuk mengulangkaji al-Quran di rumah. Abdul Halim (1996)
berdasarkan maklum balas daripada responden yang terdiri daripada 407 murid,
guru dan pegawai agama di daerah Kota Bharu, didapati kandungan Tilawah
al-Quran yang banyak dalam sukatan merupakan masalah utama yang menyumbang
kepada kelemahan penguasaan murid dalam pengajaran al-Quran.
Rosmawati
(1993) kajian yang dijalankan di Sekolah Menengah Agama Sheikh Haji Othman,
Kucing. Sarawak mendapati kemampuan murid dalam menguasai bacaan al-Quran
adalah hanya pada tahap memuaskan sahaja. Terdapat juga daripada kalangan murid
yang lansung tidak boleh membaca al-Quran. Hal ini berpunca kerana murid tidak
didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran al-Quran semenjak kecil. Manakala
Maimunah (1995) kajian tentang kemahiran membaca al-Quran di kalangan 60 murid
Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Selayang Baru, Gombak mendapati pencapaian
murid secara keseluruhannya masih berada pada tahap sederhana yang hampir
kepada lemah. Dalam kajian beliau, didapati tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara latar belakang pendidikan dan pendapatan ibu bapa dengan
pencapaian kemahiran membaca al-Quran murid. Walaupun begitu terdapat hubungan
yang signifikan antara faktor pendidikan asas al-Quran sebelum masuk ke sekolah
menengah dengan kemahiran membaca al-Quran.
Farehan
(2000) dalam kajiannya tentang kemahiran membaca nun sakinah di kalangan murid
Tingkatan tiga di sebuah sekolah di daerah Petaling mendapati penguasaan murid
dalam kemahiran ini dibahagikan dalam empat peringkat, iaitu baik, sederhana,
lemah dan sangat lemah mengikuti nisbah 13:20:12:8. Punca kelemahan murid
membaca nun sakinah dalam kajian ini ialah persekitaran keluarga yang daif,
pengalaman pembelajaran kurang sesuai dan sikap murid sendiri terhadap
kepentingan membaca al-Quran. Manakala Raihan (2000) tentang penguasaan
kemairan membaca al-Quran di mana tahap pengusaan murid Tingkatan empat di Sekolah
Menengah Kebangsaan gurun Kedah dalam membaca al-Quran adalah 40% berada pada
tahap sederhana, 16.6% sederhana lemah dan 8.9% lemah. Hal ini menunjukkan
bahwa murid masih menunjukkan kelemahan dalam penguasaan celik al-Quran.
Mohammad
Sabri (2001) dalam kajiannya tentang keberkesanan kaedah Hattawiyah dalam
pembelajaran tilawah al-Quran mendapati sebanyak 89% daripada responden berada
pada tahap sederhana dan lemah dalam kebolehan membaca al-Quran. Mohammad Naim
(2003) dengan tajuk ”Pencapaian Tilawah al-Quran melalui penggunaan kaedah
Iqra’ di sekolah-sekolah rendah kebangsaan daerah Setiu” menunjukkan hipotesis
nul ditolak, iaitu terdapat perbezaan pencapaian tilawah al-Quran dalam
kalangan murid berasaskan sekolah agama sebelah petang. Hasil temu bual terhadap
10 orang guru Pendidikan Islam juga menunjukkan bahawa masa pengajaran tilawah
al-Quran yang tidak mencukupi menyebabkan murid terabai sehingga tamat tahun
enam. Apatah lagi jarang sekali guru mengadakan kelas pemulihan kerana tidak
mempunyai kelapangan waktu.
Hal
ini didukung oleh kajian Mohd Aderi (2004) tentang celik al-Quran dikalangan
pelajar Tingkatan satu di Kuala Lumpur dapatan kajian menunjukkan bahawa
walaupun 63% dari responden adalah mereka yang telah khatam al-Quran,
namun tahap keseluruhan bacaan responden masih berada pada tahap sederhana dan
lemah, hal ini bermakna walaupun sebahagiaan besar dari pelajar telah melalui khatam al-Quran
akan tetapi belum jaminan mereka boleh membaca al-Quran mengikut kaedah yang
benar dan baik.
Kajian
Ad. Halim et al. (2004) tentang amalan pengajaran dan pembelajaran guru
Pendidikan Islam dalam bidang Tilawah al-Quran di Sekolah-sekolah Menengah
Kebangsaan di Selangor, Perak dan Terengganu menunjukkan pandangan guru
Pendidikan Islam bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran
yang memberi kesan kepada murid ialah kaedah tasmi dantashih dengan
nilai min 3.50. kemudian diikuti oleh kaedah latih tubi, talaqi dan musyafahah serta halaqah dan tadarus yang
mencapai julat min antara 3.38 dan 3.13. namun begitu, kaedah kuliah merupakan
kaedah yang paling kerap (3.04) digunakan guru dalam pengajaran dan
pembelajaran al-Quran. Manakala kaedah lain seperti bacaan beramai-ramai, latih
tubi, perbincangan serta talaqi dan musyafahah dengan
julat antara 2.73 dan 2.99.
Armah
Aru (1996) mendapati kaedah Iqra’ amat berkesan dan berjaya dan sepatutnya
diteruskan. Kaedah ini berjaya kerana ia mudah dipelajari dan menyebabkan murid
berminat dalam mempelajari al-Quran. HJ Mohd Mukri (1994) menyatakan teknik
pengajaran kaedah Iqra’ ialah secara CBMA (Cara Belajar Murid Aktif) di mana
pengajaran lebih berpusat kepada murid bukan bergantung sepenuhnya kepada guru.
Bahan pelajaran disusun lengkap, terancang dan terarah dari pelajaran asas
huruf demi huruf hinggalah ke atas satu kalimah yang bermakna.
Meriam
(1999) mendapati 72 % murid mengakui dapat membaca al-Quran dengan lancar. Hal
ini menunjukkan pelaksanaan Kaedah Iqra’ di sekolah dan disokong dengan mengaji
di rumah, menjadikan kaedah ini berkesan untuk digunakan oleh semua murid
mempelajari al-Quran dengan mudah dan cepat. Haji Abdullah (1999) dengan tajuk
“Pengurusan Pendidikan al-Quran, Satu Kajian di Tingkatan Satu Sekolah Menengah
Arab Negara Brunei Darussalam” terhadap 235 orang murid dan 57 orang guru agama
mendapati guru agama bersikap positif dalam menjalankan pengajaran al-Quran
dimana min keseluruhan untuk konstruk kaedah pengajaran dan pembelajaran dan
kemahiran guru adalah 4.0. bagaimanapun kaedah kajian yang digunakan hanya
kaedah soal selidik semata dan tidak melibatkan kaedah lain selain pemerhatian.
Manakala sampel guru kesemuanya daripada sekolah menengah Arab.
5.2 Kajian Pendidikan Al-Quran
di Indonesia
Di
Indonesia kajian-kaian tentang pengajaran dan pembelajaran al-Quran tidak
berkembang sebagaimana di Malaysia, amat jarang ditemukan hasil-hasil kajian
yang mendedahkan hasilnya secara terperinci, sehingga kajian-kajian tersebut
tidak dapat dirujuk sepenuhnya, kerana kajian tersebut hanyalah berbentuk
kertas konsep sahaja, walau bagaimanapun pengkaji melihat bermula pada tahun
2000 hinggalah sekarang sudah mulai penyelidik membuat beberapa kajian,
itupun terbatas kepada pelajar yang mengambil program Sarjana (S2) di
peringkat Universiti Islam di pelbagai negeri di Indonesia dan beberapa orang
yang mengambil pengajian di luar negara.
Jazer
(1989). Menyatakan dari 160 juta jiwa populasi penduduk Indonesia yang beragama
Islam, (59%) dari mereka berada pada tahap yang lemah dalam membaca al-Quran,
terdapat sebahagian besar yang lansung tidak boleh membaca atau buta huruf
al-Quran, ini amatlah membimbangkan dengan realiti bahawa Indonesia memiliki
populasi masyarakat Islam terbesar di dunia dan jauh dari nilai-nilai Ketuhanan
Yang Maha Esa yang terdapat dalam Pancasila sebagai asas Negara. Kajian sebagaimana
dapatan di atas tidak dibuat dengan terperinci, kajian ini juga bersifat
tinjauan sahaja.
Selanjutnya
pengkaji temui kajian sebagaimana dilaporkan oleh Ahmad Hadi (2000), Munandar
(2000), Ahmad Burhan (2001), Sinambela (2003) dan Syartini (2003). Semua kajian
ini hanyalah tinjauan di beberapa Taman Pendidikan Seni Al-Quran (TPSA) Bandar
Padang Negeri Sumatera Barat. Kajian di atas juga hanya menggunakan pemerhatian
sahaja. Walaupun terdapat beberapa kajian yang menggunakan instrumen soal
selidik. Namun tidak melibatkan sampel yang banyak.
Kajian
Firdaus Ghani (2004) kajian di beberapa Taman Pendidikan Seni Al-Quran (TPSA)
Bandar Padang Negeri Sumatera Barat melibatkan 320 orang murid, pengiraan
statistik menunjukkan seramai 171 orang murid (53.4%) menacapai tahap
cemerlang, 25 orang murid (7.8%) mencapai tahap baik, 2 orang murid (0.6%)
mencapai tahap lemah dan 122 orang murid (38.1%) berada pada tahap yang
mengecewakan dan gagal iaitu sangat lemah. Tahap yang sangat lemah ini
sebenarnya daripada segi bacaan al-Quran menggambarkan ketidakmampuan murid
membaca al-Quran keseluruhannya atau dengan bahasa yang mudah ialah “buta
al-Quran” ini didukung oleh (Yulizar Bila, 2010) dengan tajuk “Masalah guru
dalam pengajaran Taranum al-Quran di Bandar Padang Sumatera
Barat”. Mendapati masalah pentadbiran dan pengurusan merupakan penyumbang utama
kegagalan dalam pengajaran dan pembelajaran Taranum al-Quran di Bandar Padang
Negeri Sumatera Barat
Nofrizal
(2006) dengan tajuk “ Hubungan minat dengan kebolehan membaca al-Quran: kajian
di satu buah Taman Pendidikan Al-Quran luar bandar Sumatera Barat hasil kajian
melaporkan faktor minat sememangnya boleh mempengaruhi kebolehan membaca
al-Quran di kalangan murid, tetapi ianya (minat) bukanlah faktor yang
sepenuhnya, faktor lain yang boleh wujud ialah motivasi, konsep kendiri, dan
strategi belajar.
Kajian
(Muslim 2008) dengan tajuk “Keberkesan pembelajaran baca tulis al-Qur’an
menggunakan buku Al-Barqy di Taman Pendidikan Al-Qur’an Nurut-taqwa Malang,
pengambilan data menggunakan ujian pre-test dan post-test dengan
menggunakan rumus nilai purata murid, dan Uji-t berpasangan (Paired T-tes).
Berdasarkan analisis dokumen, secara keseluruhan kaedah al-Barqy mempunyai
kesan yang baik terhadap murid dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran di
lembaga tersebut.
Muhammad
Yusuf (2009) “Keberkesanan Metod Tartila dalam pengajaran tilawah al-Quran:
Satu kajian di lembaga Tahfizul Qur’an Jendela Hati Bandung. Dapatan kajian
merumuskan Metode tartila memberi kesan yang baik dalam pengajaran dan
pembelajaran al-Quran di lembaga Tahfizul Qur’an Jendela Hati Bandung, ianya
perlu diteruskan dan dipertingkatkan lagi untuk mencapai celik al-Quran di
kalangan murid.
Kajian
mengenai metode Tartil yang dapat dirujuk pengkaji temukan di tulis oleh dua
orang daripada pelajar yang mengambil program Sarjana (S1) di Institut Islam
Negeri Sumatera Barat.
Afriza
(2003) dengan tajuk “Pelaksanaan Pengajaran al-Quran dengan Menggunakan Metode
Tartil di Sekolah Rendah: kajian satu buah sekolah rendah Bandar Padang” kajian
ini melibatkan 40 orang murid yang diajar menggunakan metode Tartil. Secara
keseluruhan menurut pengkaji pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran al-Quran
menggunakan metode Tartil pada tahap yang memuaskan.
Kajian
tersebut didukung oleh Hayatul Chairi (2007) dengan tajuk “Pengajaran al-Quran
dengan Metode Tartil: Satu tinjauan terhadap satu buah Taman Pendidikan Seni
Al-Quran Nur Khairat di Bandar Padang: dapatan kajian merumuskan bahawa metode
Tartil memberi kesan yang baik terhadap pengajaran al-Quran di Taman Pendidikan
Seni Al-Quran Nur Khairat.
Sebagai
kesimpulan, dari beberapa kajian lepas yang telah pengkaji terangkan di atas
sama ada di dalam mahupun di luar negara. Maka teranglah, kajian yang sedang
dijalankan ini merupakan kajian awal tentang metode tartil yang melibatkan
sampel yang agak ramai dengan menggunanakan metodologi yang juga berbeza.
RUJUKAN
Al-Quran
American
Psycological Association. 1985. Standards foe Education and
Psycological Testing. Wasington D.C. APA.
Al-Qardhawi,
Yusuf. 2010. Menghafal al-Quran; Seri Tarbiyah. Mizan. Bandung.
Ahmad
Hadi. 2000. Pendidikan al-Quran: Realiti dan Cabaran di masa akan datang.Kertas
konsep dibentangkan pada seminar pendidikan. Padang. Indonesia
Ahmad
Burhan. 2001. Kemahiran membaca al-Quran di kalangan murid di Sekolah Rendah
Bandar Padang. Kertas konsep dibentangkan pada seminar pendidikan al-Quran.
Padang Indonesia.
Abdul
Halim El-Muhammady. 1991. Peranannya Dalam Pembangunan Ummah.Penerbitan
Hikmah. Kuala Lumpur.
Al-Qushairi
an-Naisaburi. 1995. Sahih Muslim. Mesir: Wizarah al-Auqaf
al-Misriah
Al-Badry,
MuhammadAbdullah. 1983. Al-Quran al-Karim tarikhuhu waulumuh.
Mesir: dar al-Ma’arif
Al-Buti,
Said Ramadhan. 1991. Fiqih Serah nabawiyah. Beirut: Darul Fikri
Ab.
Razak Othman. 1988. Sistem Pendidikan Islam sekolah-sekolah menengah di
Malaysia kini: malamat dan kejayaaan.Latihan ilmiah Fakulti Usuluddin
Akademik
Islam. Universiti Malaya.
Al-Asqalani.
Mohd. Ali. 1994. Fathul Bari sarah Saheh Bukhari.
Beirut: darul Kutub.
Atan
Long. 1980. Pedagogi kaedah Am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Abdul
Qadir Leong. 1998. Tajwid al-Quran rasm ’uthmani. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.
Ab.
Halim Haji Haron. 1996. Pengajian al-Quran dalam program KBSM. Tesis Sarjana
Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malysia.
Ab.
Halim Tamuri. 2005. Isu-isu dalam amalan pengajaran guru-guru pendidikan
Islam disekolah rendah dan menengah.Prosiding Wacana Pendidikan Islam
Peringkat Kebangsaan Siri ke-4. Fakulti
Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ab.
Halim Tamuri. 2006. Modul pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran:
pendekatan masa kini. Konvensyen Pensyarah Tahfiz Peringkat Kebangsaan.
Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Ab.
Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri
Abdul Rahim & Khadijah Abdul Razak. 2004. Keberkesanan kaedah
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar.
Laporan Penyelidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia dan Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan
Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ab.
Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaluddin, Kamarulzaman Abdul Ghani
& Mohd Aderi Che Noh. 2006. Kajian amalan pengajaran Pendidikan
Islam disekolah rendah dan menengah. Prosiding Seminar IRPA
RMK-8, Kategori ERK 2006, Jilid 11. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul
Raof Dalip. 1998. Teknik pengajaran dan pembelajaran agama Islam di
sekolah menengah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad
Mohd Salleh. 1997. Pendidikan Islam: Falsafah, pedagogi dan metodologi.
Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Anifriza.
2003. Pelaksanaan pengajaran al-Quran dengan metode Tartil: satu
tinjauan di sebuah Sekolah Rendah Bandar Padang. Laporan Skripsi Sarjana.
Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN) Batu Sangkar.
Armah
Aru. 1996. Cara pelaksanaan kaedah Iqra’ tahap satu tahun tiga. Latihan Ilmiah.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Al-Nahlawi,
Abdul Rahman. 1988. Usul al-tarbiyah al-Islamiyah wa asalibuha.
Damsyik: Dar al-Fikr.
Al-Syaibani,
Omar Muhammad al-Toumy. 1991. Falsafah Pendidikan Islam. Terj.
Hassan Langgulung. Shah Alam: Hizbi.
Atan
Long. 1993. Pedagogi kaedah am mengajar. Petaling Jaya: Amiza
Publishing Sdn. Bhd. Azman Wan Chik. 1986. Kaedah hayati amali: satu
pendekatan mengajar Pendidikan Islam.Kuala Lumpur: Karya
Bistari.
Bungin,
B. 2003. Analisis data penelitian kualitatif: Pemahaman filosofis dan
metodologis ke arah pengusaan model aplikasi. Jakarta: P.T. Raja Grafindo
Persada.
Bloom,
B.S. Madaus, G.F & Hastigs, J.T 1981. Evaluation to improve
learning. New York: Mc. Graw-Hill.
Creswell,
J. W. 2005. Research design: qualitative and quantitave approaches. Thousand
Oaks: SAGE Publication.
Farehan
Mohd Hani. 2000. Kemahiran membaca nun sakinah di kalangan pelajar
tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di daerah Petaling. Projek
Penyelidikan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
Firdaus
Ghani. 2004. Kajian kemahiran al-Quran di Sekolah Rendah Bandar Padang. Jurnal
Pendidikan Indonesia. Universiti Putra Indonesia. Bandung.
Fraenkel,
J.R.& Wallen. N.E. 1996. How to Design and Evaluate Research.
USA: Mc. Fraw-Hill Inc.
Jazer.
1989. Permasalahan pengajaran al-Quran di Indonesia. Laporan
Kemeterian Agama Republik Indonesia.
Feldman,
K. A. 1989. Instructional effectiveness of college teachers as judged by
teachers themselves, current and former students, colleagues, administrators
and external observers. Research in Higher Education.
30(2): 137-194.
Gazhali.
2008. Metode Tartil I Cara Cepat Membaca dan Menulis Al-Quran . CV.
Najwa. Padang.
———. Tajwid Praktis Metode Tartil II Cara Cepat Membaca dan
Menulis Al- Quran CV. Najwa. Padang.
Ghazali
Basri. 1991. Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kebangsaan: satu
analisis. Jurnal Pendidikan Islam. Jilid 4: Disember.
Hayatul
Chairi. 2007. Studi tentang membaca al-Quran dengan menggunakan metode Tartil:
Satu kajian di Taman Pendidikan Seni Al-Quran Nur Khairat Bandar
Padang. Laporan
Skripsi Sarjana. Institut Agama Islam Negeri (IAIN-IB) Iman Bonjol Padang
Halim
Na’am. 2005. Pelaksanaan j-QAF. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri ke- 4.
Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hassan
Langgulung. 1981. Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala
Lumpur: Pustaka Aman.
Haji
Abdullah Haji Tapa. 1999. Pengurusan Pendidikan al-Quran, Satu Kajian di
Tingkatan Satu Sekolah Menengah Arab Negara Brunei Darussalam. Projek
Penyelidikan Fakulti Pendidikan.Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hativa,
N., Barak, R. & Simhi, E. 1999. Expert university teachers: thinking,
knowledge and practice regarding effective teaching behaviors. Annual
Meeting American Educational Research Assosiation.
Ibn
Khaldun. 2000. Muqadimah Ibn Khaldun. Terj. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ishak
Abbas. 1985. Memahami tajwid dan tartil al-Quran. Kuala Lumpur: Sri
Kota. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. 2000. Laporan status kadar celik
al-Quran
sekolah-sekolah kebangsaan Negeri Sarawak.
Khalil
Qattan, Manna,’. 1992. Studi Ilmu-Ilmu Al-Quran. Jakarta.
Litera Antar Nusa
Kamarulzaman
Abdul Ghani, Khadijah Abdul Razak & Mohamed Amin Embi. 2003.Tahap amalan
pengajaran guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab: Satu kajian di
sekolah-sekolah menengah agama di Kelantan. Prosiding Wacana
Pendidikan Islam Siri 2. Fakulti Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Kamarul
Azmi, J. & Ab. Halim, T. 2008. Pendidikan islam kaedah pengajaran
dan pembelajaran. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Kementerian
Agama Republik Indonesia. 2000. Strategi pendidikan al-Quran di
Indonesia. Jakarta.
Kementerian
Agama Negeri Sumatera Barat. 2010. Laporan kerja jabatan kebajikan
Islam. Padang
Kementerian
Pendidikan Bandar Padang Negeri Sumatera Barat. 2003. Perubahan
Peraturan daerah tentang pendidkan sekolah rendah. Padang
Komari.
2008. Metode pengajaran baca tulis al-Quran. Kertas kerja disampaikan
pada pelatihan Nasional guru dan pengelola TPSA. Makasar.
Hohd
Mukri Abdullah. 1994. Kaedah Iqra; dalam asuhan Tilawah al-Quran. Kertas Kerja
Seminar Nasyid Pringkat Kebangsaan Kali ke 2. Kuala Lumpur.
Majid
Konting, M. 2005. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala umpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok
Soon,S. 1992. Panduan latihan UKELP bahagian am. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman. SDN. BHD.
Muhammad
Yusuf. 2009. Keberkesanan metod Tartila dalam pengajaran tilawah al- Quran dari
perspektif guru lembaga Tahfizul Quran Jendela Hati Bandung
Indonesia. Projek Penyelidikan
Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad
Bin ‘Isa at-Turmiziy as-Salmiy, al-Jami’ Ash-Shahih Sunan at Turmidzi.
Jilid 5. Beirut: Dar Ihya at-Turast al-A’rabiy. T-tarikh.
Munandar
.2000. Kajian pelaksanaan pembelajaran al-Quran di Bandar Padang: kajian di
beberapa buah Taman Pendidikan Seni Al-Quran. Laporan Skripsi Sarjana. Institut
Agama Islam Negeri (IAIN-IB) Iman Bonjol Padang.
Merian
Hj. Ghazali. 1999. Kesan kaedah Iqra’ terhadap pencapaian asas Tilawah tahap
satu. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamad
Sabri Satar. 2001. Keberkesanan kaedah Hattawiyyah dalam pembelajaran tilawah
al-Quran. Projek Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd
Yakub Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff & Saidi bin Mohd. 2008. Keupayaan
bacaan al-Quran di kalangan pelajara tingkatan empat: kajian di beberapa buah
sekolah menengah terpilih di Negeri Terengganu. Journal of Al-Quran
& Hadith ISSN. 1394-3723. V
Mohammad
Naim Mat Salleh. 2003. Pencapaian tilawah al-Quran melalui Kaedah Iqra’ di
sekolah-sekolah rendah kebangsaan daerah Setiu, Terengganu. Projek
Penyelidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd
Aderi Che Noh. 2004. Celik al-Quran di kalangan pelajar tingkatan satu Zon Pudu
Kuala Lumpur. Projek Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd
Alwi Yusoff, Adel M Abdulaziz & Ahmad Kamel Mohamed. 2003. Keberkesanan
Iqra’ sebagai kaedah pembelajaran membaca al-Quran. Posiding Isu
semasa Pengajian Quran dan Sunnah: 101-114. Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah:
Kolej Universiti Islam Malaysia.
Mohd
Majid Konting & Zakaria Kasa. 2002. Pengetahuan dan kemahiran
pengajaran: Satu kajian kes di kalangan guru pelatih Universiti Putra
Malaysia. Seminar Kebangsaan Pendidikan Guru. Alor Star.
Mohd
Yusuf Ahmad. 2000. Sejarah dan kaedah pendidikan al-Quran. Kuala
Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya.
Maimunah
Ismail. 1995. Kemahiran membaca al-Quran di kalangan pelajar Tingkatan satu.
Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.
Mok
Soon Sang. 2000. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd
Mohd
Faisal, Zawawi Ismail, Ruhimi Md Saad. 2010. Celik al-Quran: Cabaran
dan Realiti dalam Pendidikan Islam di Sekolah. Fakulti Pendidikan.
Universiti Malaya
Ngalim
Purwanto. 1990. Psikologi pendidikan. Bandung: Rosdakarya.
Nor
Kamaliah. 2006. Satu kajian mengenai kaedah pengajian al-Quran
yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Kelantan. Fakulti Usuluddin
Akademik Islam. Universiti Malaya.
Nofrizal.
2006. Hubungan minat dengan kebolehan membaca al-Quran di kalangan pelajar
Madrasah Diniyah Awaliyah luar bandar di Sumatera Barat. Projek
Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Raihan
Mohd Nordin. 2000. Penguasaan kemahiran membaca al-Quran di kalangan pelajar
sekolah menengah kebangsaan Gurun Kedah Darul Aman. Latihan
Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ramlan
Ahmad. 2000. Kemahiran membaca al-Quran dan jawi pelajar-pelajar sekolah
berasrama penuh: satu kajian kes. Projek Penyelidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ramli
Ahmad. 2000. Kelemahan membaca al-Quran di kalangan pelajar Sekolah
Berasrama Penuh. Projek Penyelidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Roziah
Bakar. 1991. Pengajian al-Quran: sistem dan perkembangannya di kalangan
masyarakat Islam di Pulau Pinang. Latihan ILmiah Fakulti Usuluddin,
Akademik Islam. Universiti Malaya.
Rosmawati
Umar. 1993. Pembelajaran tilawah alQuran di kalangan pelajar agama:Satu kajian
di SMKA Sheikh Haji Othman, Kucing. Tesis sarjana yang tidak
diterbtkan. Universiti Malaya.
Rohizani
Yaakub, Shahabudin Hashim & Mohd Zohir Ahmad. 2005. Pedagogi:
Strategi dan teknik mengajar dengan
berkesan. Bentong: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Syartini.
2003. Pembelajaran tilawah alQuran di Bandar Padang. Antara harapan dan
Realiti. Penerbit Angkasa Raya. Padang.
Sinambela.
2003. Perkembangan pengajaran al-Quran masyarakat Islam di Sumatera Barat.
Seminar pendidikan. IAIN-IB Padang.
Stufflebeam,
D.L. & Shinkfield A.J. 1985. Systematic Evaluation: A
self-insturctional guide to theory and practice. Massachusetts:
Kluwer-Nijhoff Publishing.
Sugiyono.
2005. Memahami penelitian kualitatif. Bandung: CV. Alfabeta.
Shulman,
L. S. 1987. Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard
Educational Review, 50.
Sulaiman
Ngah Razali. 1997. Pedagogi teori dan praktik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Shahril
@ Charil bin Hj Marzuki. 2004. Amalan pengajaran yang berkesan: kajian
di beberapa sekolah menengah di wilayah persekutuan dan Selangor. Jurnal
Pendidikan, Universiti Malaya.
Wiersma,
W. 2000. Research metodh in education: an introduction. Needham
Heights: Allyn and Bacon.
Yulizar
Bila. 2010. Masalah guru dalam pengajaran taranum al-Quran di Kota Padang
Sumatera Barat. Tesis sarjana pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.